Bendahari Armada ditahan kerana siasatan RM250k duit Saddiq hilang – SPRM

Putrajaya-  Bendahari Armada, bahagian pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia ditahan malam kelmarin adalah berhubung dengan kes kehilangan RM250k dari rumah bekas ketua Armada, Syed Saddiq pada bulan Mac lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya  SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan tersebut, lapor TMI.

“Ya, ia adalah bendahari Armada. Penahanan adalah berhubung dengan kehilangan wang tunai dari rumah Syed Saddiq.

Suspek diperlukan untuk menerangkan sama ada dana Armada disalahguna oleh pihak tertentu. Tiada motif politik disebalik penahanan ini” – Ahmad Khusairi Yahaya

Terdahulu, ketua peneranan Armada Ulya Aqamah Husamudin  mendakwa penahanan tersebut merupakan tindakan untuk mendiamkan ahli Armada yang mempunyai pandangan berbeza dengan pimpinan parti.

“Kita tidak mahu Malaysia mengundur ke belakang  dan kuasa dijadikan alat untuk menundukkan ahli parti yang berbeza pandangan dan berani bersuara” – Ulya Aqamah.

102432329_1320440544813927_2964206215166427136_n

Beliau turut mendakwa mereka yang ditahan itu adalah mereka yang memohon supaya SPRM menyiasat rakaman audio yang dikatakan mirip suara presiden PPMB, Tan Sri Muhyiddin Yasin

“Ini mereka-mereka yang telah dedahkan dan mohon SPRM siasat audio Agihan GLC oleh Tan Sri Muhyiddin. Yang dedahkan kemungkaran pula ditahan dan ditekan.” – Ulya Aqamah Husamudin  

Ulya merupakan ketua penerangan Armada pro kepada Syed Saddiq yang digugurkan keahlian beliau dari PPBM minggu lepas.

Pada 29 Mac lalu, Syed Saddiq membuat laporan polis berhubung kehilangan wang dari peti simpanan di rumahnya.

Kata Saddiq, hanya beberapa orang tahu mengenai kod keselamatan peti simpanan itu dan kali terakhir beliau membukanya adalah di antara 13 Mac dan 14 Mac.

SPRM kemudian mengarahkan beliau mengisytiharkan asetnya kepada SPRM pada bulan lepas untuk siasatan.

Saddiq kemudian memperincikan pendapatannya sebagai ahli parlimen dan menteri yang menurutnya adalah tinggi termasuk pembayaran one off bernilai RM42k untuk elaun pinggan mangkuk  dan pembayaran diberhentikan dari menteri berjumlah RM150k.

“Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah. Gaji tinggi, allowance tinggi. Belum masuk one-off payments yang diterima.

  • Gaji menteri + Ahli Parlimen = RM55,000 sebulan. 
    (Ini tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan).
  • Allowance one-off pinggan & mangkuk = RM42,000.
  • Allowance tahunan percutian.
    =RM70,000.
  • Allowance makanan setiap hari = RM180/person had maksimum untuk claim belanja makan, tidak kira jumlah orang.
  • Allowance pindah rumah = RM10,000.
  • Apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi one-off payment, ~RM150,000.”

-Syed Saddiq

-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.