“Tiada motif politik? Tahi seladang!” kata Ulya kepada SPRM

Gambar oleh Malaysiakini

Kuala Lumpur, 4 Jun: Ketua Penerangan Armada yang pro kepada Syed Saddiq, Ulya Husamudin.  mempersoalkan kenyataan SPRM semalam yang berkata penahanan ahli Armada kelmarin tidak bermotifkan politik.

Katanya, ahli Armada disoal, rumah diserbu secara mengejut dan kemudian ditahan, manakala individu lain yang tidak mempunyai kaitan politik cuma disoal dan kemudian dibebaskan untuk hadir pada hari lain.

 

“Tiada motif politik? BS! ( BS = Bullsh1t=Omong kosong @ Tah1 Seladang)  Individu-individu lain yang tidak mempunyai kaitan politik turut dipanggil. Selepas disoal dan pihak berkuasa kemudian mahukan lebih, mereka dibebaskan untuk datang kembali pada hari lain. 

Ahli Armada? Disoal. Rumah diserbu secara mengejut dan ditahan.  Dua lagi dipanggil lewat malam, apabila disuruh untuk hadir keesokan pagi (seperti dinasihatkan peguam), mereka bertegas dan menganggap budak-budak ini tidak mahu beri kerjasama. 

Sekarang sudah 9.40 malam. Namun diam. Tiada sebarang kemas kini. Saya berhadap saudara saya selamat. Jangan takut apabila berdepan dengan kesukaran” – Ulya Husamudin.

\

Ulya mendakwamereka ditahan kerana  mendedahkan rakaman audio mirip Tan Sri Muhyiddin Yasin, presiden PPMB selain mempunyai pandangan berbeza dengan pimpinan parti.

“Ini mereka-mereka yang telah dedahkan dan mohon SPRM siasat audio Agihan GLC oleh Tan Sri Muhyiddin. Yang dedahkan kemungkaran pula ditahan dan ditekan.” – Ulya Aqamah Husamudin  

Semalam SPRM menyatakan penahanan Bendahari Armada adalah berhubung dengan kes kehilangan RM250k dari rumah bekas ketua Armada, Syed Saddiq pada bulan Mac lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya  SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan tersebut, lapor TMI.

“Ya, ia adalah bendahari Armada. Penahanan adalah berhubung dengan kehilangan wang tunai dari rumah Syed Saddiq.

Suspek diperlukan untuk menerangkan sama ada dana Armada disalahguna oleh pihak tertentu. Tiada motif politik disebalik penahanan ini” – Ahmad Khusairi Yahaya

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version