Ahli Parlimen PKR Lubok Antu keluar PKR, umum sokong PN.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @Jugah anak Muyang yang mewakili PKR sebelum ini mengumumkan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, keputusan itu dibuat kerana kesal dengan permasalahan dalaman parti-parti dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sehingga tumbangnya kerajaan pimpinan gabungan parti itu, menurut laporan FMT.

“Saya berikrar menyokong penuh kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin (Yassin) dan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Abang Abdul Rahman Zohari demi kesejahteraan rakyat di Lubok Antu,” – Tambat @Jugah anak Muyang

Pada pilihan raya umum lepas, beliau memenangi kerusi Parlimen Lubok Antu dengan memperolehi 5,834 undi atas tiket Bebas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang diwakili PKR.

Beliau kemudiannya menyertai PKR pada 12 Mei 2018 dan menjadi sebahagian kerajaan PH.

Penyertaan beliau ke PKR  itu diumumkan Zuraida Kamaruddin yang ketika itu merupakan naib presiden PKR.

(Zuraida kini merupakan ahli PPBM dan sebahagian dari kerajaan PN)

Katanya, dengan keputusan menyokong kerajaan PN itu, beliau berharap kawasan luar bandar yang diwakilinya diberi perhatian oleh kerajaan.

“Parlimen saya merupakan kawasan luar bandar dan memerlukan bantuan serta sokongan kerajaan untuk pembangunan,”  – Tambat @Jugah anak Muyang

Keputusan Jugah dilihat mengukuhkan kedudukan kerajaan PN yang sebelum ini dilaporkan disokong 113 ahli parlimen berbanding PH 109 ahli parlimen.

Pengumuman Jugah menyaksikan PN kini mempunyai 114 ahli parlimen berbanding PH yang berkurang satu ahli parlimen menjadikannya 108 kerusi di dewan rakyat – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: