Ulya ibarat beruang peliharaan Syed Saddiq kerana dakwa SPRM bermotif politik – Pegawai Khas WAF.

BETULKAH SPRM SEDANG JALANKAN OPERASI PENANGKAPAN BERMOTIFKAN POLITIK?

Oleh : Luqman Mdzim

Tadi saya ada baca kenyataan orang suruhan Syed Saddiq, saudara Ulya yang membuat dakwaan bahawa penangkapan seorang pimpinan ARMADA oleh SPRM adalah bermotifkan politik.

Sebelum membuat tuduhan, saudara perlu tahu bahawa antara langkah penting Perikatan Nasional untuk memastikan SPRM bebas dari pengaruh politik adalah dengan melantik individu yang bebas politik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Malah lantikan KP SPRM juga di dahulukan sebelum lantikan jemaah menteri di buat.

Beliau adalah DS Azam Baki yang sebelum ini adalah salah seorang Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah pun berkhidmat bersama badan ini (dulu Badan Pencegahan Rasuah) sejak tahun 1984.

Tidak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik dan sudah berkhidmat di bawah 4 orang Perdana Menteri dari pelbagai parti pemerintah.

Beliau juga adalah antara individu penting yang terlibat dalam penyiasatan kes profil tinggi seperti 1MDB dan SRC International Berhad. Khidmat puluhan tahun beliau bolehlah kita kira KP SPRM sekarang sebagai salah satu dari institusi SPRM.

Masih ingatkah pula siapa KP SPRM yang di lantik di zaman pemerintahan PH sebelum ini?

Puan Lathefa Koya yang dilantik merupakan bekas ahli aktif PKR (parti komponen PH) dengan pengalaman menjawat beberapa jawatan penting di dalam parti.

Respon impulsif saudara Ulya hanyalah menunjukan kebodohan dan serkap jarang tanpa asas. Senang betul Syed Saddiq dan beruang peliharaannya buat kerja.

Oh ya, kes duit hilang dekat rumah sendiri ini pun dulu Syed Saddiq yang sendiri yang buat laporan dan minta di siasat, kan?

Takkan bila pihak berkuasa nak siasat dah mula goyang?

Tak perlu menangguk di air yang keruh, dengan keluarkan tuduhan-tuduhan rambang dan serkap jarang. Sekarang biarlah SPRM buat kerja, buat siasatan dengan bebas tanpa asakkan.


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version