1,000 tempahan hotel dalam 45 minit

LANGKAWI: Industri pelancongan di Langkawi mencatat fenomena luar biasa  apabila mencatat 1000 tempahan dalam 45 minit hari ini. berikutan pengumuman kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu ini.

Berita Harian memetik Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata fenomena ini memberikan petanda amat positif kepada industri pelancongan di Langkai.

“Lebih mengujakan apabila 700 daripada tempahan berkenaan sudah membuat pembayaran, sekali gus memberi petanda amat positif kepada industri pelancongan Langkawi.

“Malah, tempahan terus mencurah-curah masuk hingga malam ini membabitkan hotel tiga bintang dan ke atas sekitar Pantai Tengah dan Chenang untuk bercuti minggu hadapan,”  – Zainudin Kadir

Zainudin berkata, Langkawi memiliki keseluruhan 13,000 bilik penginapan dan lonjakan kemasukan pelancong luar biasa itu tidak membawa sebarang masalah.

“Pengusaha hotel juga sudah bersedia dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengekang COVID-19 seperti digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum pelanggan masuk menginap.

“Bagi merancakkan kemasukan pelancong, syarikat penerbangan perlu beroperasi secara maksimum, selain tiada kenaikan tiket feri dalam tempoh terdekat,”  – Zainudin Kadir

Siang tadi perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan akan bermula pada 10 jun sehingga 31 ogos antaranya membenarkan sektor pelancongan termasuk hotel dibenarkan operasi bermula 10 Jun ini.

Katanya, kelonggaran ini selaras fasa penjanaan semula ekonomi negara selain  tiada lagi sekatan rentas negeri.

“Jadi bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu selepas hampir tiga bulan tidak ke mana-mana.” – Tan Sri Muhyiddin Yasin

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version