Wang RM600k rampasan SPRM adalah bantuan Covid-19, Ramadan dan Aidilfitri – Armada

KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN DAKWAAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA TENTANG PENYELEWENGAN WANG OLEH ARMADA BERSATU MALAYSIA
7 JUN 2020
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
1. ARMADA BERSATU Malaysia ambil maklum mengenai kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah berkaitan RM600 ribu wang yang dikatakan berkemungkinan penyelewengan wang.
2. ARMADA BERSATU Malaysia setegas-tegasnya tidak menyokong sebarang bentuk penyelewengan wang. Maka kami alu-alukan penyiasatan dijalankan dengan adil.
3. Namun RM600 ribu yang disebut adalah sebahagian dari jumlah wang yang dikeluarkan bagi persiapan untuk kegunaan Bantuan Covid19, Bulan Ramadhan dan Hari Raya. Hal ini adalah kerana ketidak tentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari.
4. Fasa pertama bantuan makanan telah diedarkan diseluruh negara pada bulan Ramadhan. Bantuan kebajikan tambahan juga telah diagihkan melalui kepada mereka yang memerlukan.Ini adalah perkara asas bagi menjaga kebajikan ahli seperti mana yang dilakukan oleh Parti Bersatu di peringkat Pusat.
5. ARMADA BERSATU Malaysia sedia bekerjasama dengan SPRM untuk menyiasat perkara ini selagi mengikut garis panduan dan prosedur yang betul. Kami sentiasa berpegang pada prinsip berani kerana benar.
ARMADA BERSATU MALAYSIA
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

102915926_1324182327773082_4093721558871336779_n (1)

 

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.