Kuala Lumpur, 8 Jun: Bekas ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia merangkap ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersilakan semua pihak menyemak segala kontrak, peruntukan dan lain-lain perkara untuk membuktikan dakwaan bahawa beliau makan rasuah.
Aku setuju. “Yang hak pasti berdiri, yang bathil pasti jatuh” . Saya persilakan untuk semak segala kontrak, peruntukan dan lain-lain untuk membuktikan bahawa saya makan duit rasuah. Have fun searching because i know i did not and will never steal from the people” – Syed Saddiq
Beliau menaikkan ciapan itu sebagai reaksi kepada kepada ciapan ahli majlis tertinggi Umno, Papagomo – atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris @Sir_Azri :
Aku tak sabar nak lihat @syedsaddiq pakai baju oren tangan bergari macam ni. Macam mana dia anaiaya Aku hingga Aku ditangkap dan disumbat ke dalam lokap 4 hari 3 malam. Yang Hak Pasti Berdiri, Yang Bathil Pasti Jatuh. Kau tunggu masa Kau akan tiba Syed Saddiq.
“Duit orang ramai derma kepada Armada Bersatu Enterprise terima dalam RM900 000. Dari jumlah itu, RM120 000 telah dipindahkan kedalam akaun ASB Syed Saddiq. Jadi bersedialah Syed Saddiq, tiada lagi Tommy Tomato (Thomas) menyelamatkan kamu kerana kes ini bakal didakwa oleh SPRM. Keduanya, dulu kamu ada Latifa Koya untuk selamatkan nyawa kamu, tetapi kini dia sudah tiada.” – Lokman Adam