“Buktikan saya makan duit rasuah!” – Syed Saddiq

Kuala Lumpur, 8 Jun: Bekas ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia merangkap ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersilakan semua pihak menyemak segala kontrak, peruntukan dan lain-lain perkara untuk membuktikan dakwaan bahawa beliau makan rasuah.

Aku setuju. “Yang hak pasti berdiri, yang bathil pasti jatuh” . Saya persilakan untuk semak segala kontrak, peruntukan dan lain-lain  untuk membuktikan bahawa saya makan duit rasuah. Have fun searching because i know i did not and will never steal from the people” – Syed Saddiq

Beliau menaikkan ciapan itu sebagai reaksi kepada kepada ciapan ahli majlis tertinggi Umno, Papagomo – atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris @Sir_Azri :

Aku tak sabar nak lihat @syedsaddiq pakai baju oren tangan bergari macam ni. Macam mana dia anaiaya Aku hingga Aku ditangkap dan disumbat ke dalam lokap 4 hari 3 malam. Yang Hak Pasti Berdiri, Yang Bathil Pasti Jatuh. Kau tunggu masa Kau akan tiba Syed Saddiq.
Pada ciapan itu, Papagomo  memuat naik foto beliau memakai baju oren ketika direman berhubung laporan polis dibuat Syed Saddiq yang menuduh Papagomo menyebabkannya mengalami kecederaan tisu lembut semasa penamaan calon PRK Semenyih pada Mac tahun lepas.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin merampas wang tunai berjumlah RM600k dari dua ahli Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan sebuah kereta bernilai RM100k dipercayai dibeli melalui wang parti yang diselewengkan.
Semalam, Armada melalui satu kenyataan berkata wang tunai tersebut adalah sebahagian dari wang yang digunakan untuk bantuan Ramadhan, Aidilfitri dan Covid-19.
Pada perkembangan yang sama, bekas ahli majlis tertinggi UMNO, Lokman Adam mendakwa sebanyak RM120k wang dari akaun Armada dipindahkan ke akaun ASB Syed Saddiq. Walau bagaimanapun, Lokman tidak memberikan sebarang bukti untuk mengesahkan dakwaan beliau. Syed Saddiq setakat ini belum menjawab dakwaan Lokman tersebut.
“Duit orang ramai derma kepada Armada Bersatu Enterprise terima dalam RM900 000. Dari jumlah itu, RM120 000  telah dipindahkan kedalam  akaun ASB Syed Saddiq. Jadi bersedialah Syed Saddiq, tiada lagi Tommy Tomato (Thomas) menyelamatkan kamu kerana kes ini bakal didakwa oleh SPRM. Keduanya, dulu kamu ada Latifa Koya untuk selamatkan nyawa kamu, tetapi kini dia sudah tiada.” – Lokman Adam 
-Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version