2 Adun Sabah umum keluar UPKO, umum sokong PN.

DUA Adun Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko), parti blok kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah mengumumkan keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional.

Bernama melaporkan Adun Kuala Penyu Limus Jury dan Adun Sugut James Ratib daripada Upko mengumumkan keputusan itu dan menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Tiada siapa yang memaksa atau mempengaruhi saya untuk keluar Upko, ia adalah keputusan saya sendiri,” – YB Limus Jury

Menurut beliau, adalah lebih baik beliau menyokong kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat Sabah

“Tetapi kini selepas perubahan dalam kerajaan persekutuan dan Sabah menjadi negeri pembangkang, saya merasakan lebih baik kita menyokong kerajaan Perikatan Nasional,” – YB James Ratib

James berkata, beliau sedia menyokong bekas ketua menteri Musa Aman sekiranya beliau memegang jawatan itu sekali lagi.

Beliau turut menjangkakan lebih ramai lagi Adun dari parti pemerintah negeri itu akan bertukar haluan dalam beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, tindakan mereka buat masa ini tidak menjejaskan kerajaan Sabah yang diterajui Mohd Shafie Apdal, yang mempunyai dua pertiga atau 45 daripada 65 kerusi DUN.

Pengguguran Musa Aman daripada kes mahkamahnya menimbulkan desas desus yang menyatakan terdapat cubaan untuk menumbangkan kerajaan negeri Sabah yang diterajui Warisan.

Musa Aman selepas PRU 14 hanya sempat menjadi ketua menteri tidak sampai 24 jam sebelum kerajaan beliau tumbang ekoran beberapa ahli dewan undangan negeri keluar BN dan menyertai Warisan yang diketuai Shafie Apdal. -Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version