Anwar alu-alukan saranan Najib siasat skandal forex

Anwar dan Najib minum teh tarik, 2009. Gambar AP.

Kuala Lumpur, 15 Jun: Anwar Ibrahim menyambut baik saranan bekas perdana menteri Najib Razak agar Jabatan Peguam Negara membuka semula fail siasatan mengenai skandal pertukaran wang asing (forex) bernilai RM33 bilion pada 1990-an.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Najib atas cadangan berkenaan sambil menegaskan bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan skandal itu.

“Kalau begitu kita skandal forex, saya setuju, tidak ada halangan untuk itu.Apa penting ialah saya tidak mencuri satu sen , saya tidak ambil RM1 bilion, saya tidak mengambil tanah balak dan saham, itu penting. Oleh itu, jika (pihak berkuasa) ingin menyiasat forex atau 1MDB, teruskan,” – Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikan dalam tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebooknya semalam.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) begi meneliti skandal forex pada 2017 mendapati bahawa Bank Negara kehilangan RM31.5 bilion dalam perdagangan pertukaran mata wang antara 1992 dan 1994.

RCI itu juga berpendapat perdagangan “berlebihan” dan “spekulatif” itu merupakan pelanggaran jenayah amanah di bawah Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan.

Suruhanjaya itu mengesyorkan agar perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Anwar disiasat untuk menentukan sama ada mereka menyembunyikan fakta tersebut daripada kabinet.

Dalam laporan setebal 528 muka surat yang dibentangkan di parlimen pada 30 Nov 2017, RCI mendakwa menteri kewangan pada masa itu telah mengelirukan kabinet.

Suruhanjaya itu juga percaya Perdana Menteri pada masa itu telah memberi lampu hijau terhadap kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan menteri kewangan.

Menteri kewangan pada masa itu adalah Anwar Ibrahim manakala perdana menteri ialah Dr Mahathir Mohamad.

Walaubagaimanpaun, setelah kerajaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong ketika itu berkata laporan polis berdasarkan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai perkara itu telah diklasifikasikan sebagai “tidak ada tindakan lanjut” (NFA)

Hal itu katanya berlaku disebabkan kurangnya bukti dokumen mengenai dakwaan salah laku, dan juga pengadu  asal Рiaitu setiausaha RCI Yusof Ismail Рmenarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 30 Nov 2017.  РBuletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.