Bil elektrik melambung: TNB teliti semula mekanisme tangani rungutan pelanggan

Foto Bernama.

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli serta Suruhanjaya Tenaga meneliti semula mekanisme untuk menangani rungutan pelanggannya berhubung  bil elektrik yang melambung tinggi ketika perintah kawalan pergerakan.

Pengerusinya yang baharu dilantik, Datuk Seri Mahdzir Khalid  berkata beliau mengambil maklum rungutan yang diluahkan rakyat  dan akan mencari jalan penyelesaian.

Beliau turut menjelaskan mengenai operasi pembacaan bil dihentikan ketika PKP.

“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, operasi bacaan meter TNB terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Oleh yang demikian, bacaan meter secara anggaran terpaksa dilakukan dan dihantar kepada para pelanggan TNB untuk tempoh dua bulan (Mac dan April) melalui aplikasi myTNB.

Sejajar dengan perkembangan semasa, operasi bacaan sebenar meter TNB telah dimulakan kembali sejak 15 Mei yang lalu. Bil terkini yang diterima oleh para pelanggan adalah penggunaan sebenar sejak PKP bermula.” – Datuk Seri Mahdzir Khalid 

Terdahulu, Menteri Tenaga & Sumber Asli, Dr Shamsul Anuar berkata TNB telah mengemukakan cadangan berkaitan isu bil elektrik kepada KeTSA dalam mesyuarat semalam.

“TNB telah mengemukakan cadangan berkaitan isu bil elektrik kepada KeTSA dalam mesyuarat pagi tadi. Saya bersama KSU KeTSA, TKSU ( Tenaga ) dan pegawai kanan KeTSA, Suruhanjaya Tenaga ( ST ) meneliti dan membuat penilaian mengenainya.

Mesyuarat membuat keputusan meminta TNB mengemukakan semula cadangan termasuk pandangan KeTSA mengenai isu ini dengan mengambil kira semua aspek dalam meeting sekali lagi esok. Ketika ini saya difahamkan TNB sedang perhalusi hasil perbincangan dan mesyuarat bersama pada pagi tadi.

Saya amat hormati dan hargai pandangan rakyat.” – Dr Shamsul Anuar 

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.