Eric Paulsen bukan lagi ahli MPKM

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan peguam, Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian itu walau bagaimanapun berkata keputusan tersebut tidak akan menjejaskan fungsi MPKM.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ingin memaklumkan bahawa peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli MPKM.

“Bagaimanapun keputusan ini tidak akan menjejaskan fungsi MPKM, yang telah ditubuhkan pada 9 Jun 2020 yang lalu,”

 

Pelantikan Paulsen mula dipersoalkan oleh beberapa  pimpinan PAS, Bersatu dan UMNO  menggesa pelantikannya ditarik balik kerana mendakwa peguam tersebut mempunyai sikap dan pandangan yang sangat sinis terhadap perkara berkaitan hal ehwal Islam.

Pada 2015, beliau didakwa di bawah akta hasutan berhubung ciapan di twitter beliau yang mendakwa Jakim mempromosikan ektremism melalui khutbah jumaat.

553

 

Walaubagaimanapun, beliau dilepas tanpa dibebaskan dari dakwaan tersebut pada 0gos 2018, 3 bulan selepas kerajaan PH dibentuk.

Eric bersama Latheefa Koya

Eric Paulsen sebelum ini bersama Latheefa Koya merupakan peguam di Laywers For Liberty. Eric kemudian meletakkan jawatan sebagai pengarah eksekutif LFL dan menyertai Fortify Rights. Walau bagaimanapun, beliau kekal sebagai penasihat LFL. -Buletin TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.