Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan peguam, Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).
Kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian itu walau bagaimanapun berkata keputusan tersebut tidak akan menjejaskan fungsi MPKM.
“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ingin memaklumkan bahawa peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli MPKM.
“Bagaimanapun keputusan ini tidak akan menjejaskan fungsi MPKM, yang telah ditubuhkan pada 9 Jun 2020 yang lalu,”
Pelantikan Paulsen mula dipersoalkan oleh beberapa pimpinan PAS, Bersatu dan UMNO menggesa pelantikannya ditarik balik kerana mendakwa peguam tersebut mempunyai sikap dan pandangan yang sangat sinis terhadap perkara berkaitan hal ehwal Islam.
Pada 2015, beliau didakwa di bawah akta hasutan berhubung ciapan di twitter beliau yang mendakwa Jakim mempromosikan ektremism melalui khutbah jumaat.