“Juara Penembak” muncul juara calon Perdana Menteri

Media sosial,  21 Jun: YB  Datuk Norhizam Hassan Baktee  atau lebih dikenali sebagai YB juara penembak,  muncul juara sebagai calon perdana menteri seterusnya  dalam dua undian yang dilakukan oleh laman facebook satira TTKM.

Pada undian pertama yang dilakukan pada 16 Jun 2020 di antara YB Juara Penemb@k dan Tun Dr Mahathir yang melibatkan sebanyak 52 900 pengundi,  seramai 95% atau 50k pengundi memilih YB Juara Penembak sebagai calon perdana menteri seterusnya berbanding Tun Dr Mahathir yang cuma mendapat 5 % undi atau sebanyak 2700 pengundi.

Dalam undian kedua pada 18 Jun 2020 pula di antara YB Juara Penemb@k dengan Anwar Ibrahim yang melibatkan sebanyak 36 500 pengundi,  96% atau 34000 pengundi memilih YB Juara Penemb@k manakala Anwar Ibrahim cuma mendapat 4% undi dengan 1600 undi.

 

Ini secara tidak langsung bermakna Tun Dr Mahathir yang mendapat 5% undi, mengalahkan Anwar  sebanyak 1% yang cuma mendapat 4% undi.

Jumlah undian besar yang diterima oleh YB Juara Penembak itu sekaligus memberikan mesej  jelas penolakan warganet terhadap Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim  yang sehingga kini masih berbalah mengenai siapakah yang layak menjadi perdana menteri seterusnya.

(Buletin TTKM mendapati undian tersebut dilakukan oleh laman satira tersebut  adalah untuk menyindir kedua-dua tokoh itu kerana YB Juara Penemb@k bukanlah ahli parlimen sebaliknya merupakan seorang adun dan exco di Melaka. -Editor)

Semalam, perpecahan jelas berlaku dalam Pakatan Harapan Plus apabila PKR dengan rasmi menyatakan pendirian menolak Tun Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan Plus, sebaliknya mencalonkan presiden parti mereka, Dato Seri Anwar Ibrahim. Manakala DAP dan PAN pula memberikan sokongan kepada Tun Dr Mahathir.

Di dalam manifesto ‘bukan kitab suci’ Pakatan Harapan pada PRU 14 lepas, tidak dinyatakan tempoh peralihan kuasa diantara Tun Dr Mahathir yang kini berumur 95 tahun, kepada Anwar Ibrahim.

Kemuncak kepada krisis peralihan kuasa itu iaitu pada Februari 2020, Tun Dr Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang dan kini Putrajaya diambil alih oleh Perikatan Nasional di bawah perdana menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yasin, menyebabkan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim  berputih mata. – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.