VIDEO: “Calon PM – Shafie, TPM1 – Anwar, TPM2 -Mukhriz” : Tun Mahathir.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa  beliau, DAP dan Amanah menamakan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri.

Dalam siaran langsung di Facebook rasmi beliau, Dr Mahathir berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal pada 25 Jun lepas di Rumah Tetamu Sabah, Kuala Lumpur, antara Shafie, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng termasuk bekas timbalan presiden Bersatu, Muhkriz Mahathir dan juga bekas setiausaha agung Bersatu, Marzuki Yahya.

Selain itu, beliau berkata, mereka turut bersetuju menamakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

Kata Mahathir, jika langkah itu berjaya, beliau  percaya ia akan merapatkan lagi hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, mereka akan menunggu persidangan Parlimen, dan beliau sendiri akan mengemukakan usul tidak percaya terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Insya-Allah, dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang tidak boleh menerima Kerajaan pintu belakang Tan Sri Muhyiddin dan mahu mengembalikan mandat rakyat akan bersama saya dan rakan-rakan lain menyokong usul Dato’ Seri Shafie menjadi Perdana Menteri. 17.

“Jika usaha ini berjaya, langkah untuk pastikan asas demokrasi seperti yang dituntut rakyat akan dapat kita penuhi. Kita perlu tamatkan Kerajaan yang tidak dipilih rakyat,” Tun Dr Mahahthir

Video kredit FB Dr Mahathir:

Terdahulu, satu video klip pertemuan beliau dengan pemimpin Bersatu di Putrajaya tular semalam di mana Mahathir memberitahu akar umbi Bersatu di ibu pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya bahawa dia akan berkempen untuk Shafie sebagai calon perdana menteri.

“Saya akan kempen untuk Shafie. Dan saya akan terangkan kenapa kita pilih Shafie.

Dan saya harap kita semua faham, walaupun saya tak jadi calon, tapi ini adalah orang yang sebulu dengan saya, dan sebulu dengan kita semua iaitu dia melawan kleptokrat,

Sebab itu kit aaperlu sokong Shafie dan bagi saya sama dengan sokong saya. Saya akan sokong shafie walaupun ada pertukaran sedikit. Saya berharap akar umbi akan terus memberi sokongan kepada calon kita Shafie Apdal. ” – Tun Dr Mahathir

Sementara itu, PKR, DAP dan Amanah masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung pengumuman Tun Dr Mahathir itu. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.