Sekolah buka penuh pada 15 Julai secara berperingkat.

Kementerian pendidikan hari ini mengumumkan sekolah akan mula dibuka secara berperingkat bermula pada Rabu 15 Julai ini.

Menteri pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata demikian dalam satu siaran langsung di Putrajaya hari ini.

“Berdasarkan situasi semasa penularan Covid-19, KKM dan MKN bersetuju bahawa pembukaan penuh sekolah boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Setelah mengambil kira saranan KKM dan MKN, KPM menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat. 

Bagi sekolah menengah, murid tingkatan 1 – 4 serta murid kelas peralihan akan kembali  ke sekolah bermula pada hari rabu 15 julai 2020.

Untuk sekolah rendah pula,  murid tahun 5 dan 6 akan kembali ke sekolah pada hari rabu 15 julai 2020. 

Manakala tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid tahun 1 hingga tahun 4 adalah hari rabu 22 Julai 2020. ” – Dr. Mohd Radzi Md Jidin

buka sekolah.

Tambahnya lagi, kelas secara dalam talian yang dilakukan sebelum ini adalah kurang berkesan berbanding secara bersemuka.

Terdahulu, beliau berkata terdapat 3 modul yang akan digunakan oleh sekolah apabila mula membuka persekolahan dengan mengambil kira penjarakan sosial.

Modul pertama adalah sekolah satu sesi seperti biasa,

modul kedua pula melibatkan dua sesi seperti biasa,

manakala modul ketiga adalah dua sesi melibatkan penggiliran sekiranya ruang tidak mencukup.

Berita lanjut menyusul. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.