May 6, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

A Kadir Jasin: “Pengguna media sosial palsu berisiko dibun0h drone CIA”

Kuala Lumpur, 6 Kulai: Pengguna media sosial palsu berisiko dibun0h menggunakan drone CIA  sekiranya anda diklasifikasikan sebagai pengg@nas kata A. Kadir Jasin

“Anda mungkin menggunakan butir-butir palsu dan nama samaran untuk mewujudkan akaun anda, tetapi di mana pun anda berada di dunia ini, pergerakan anda tetap diketahui.

Kalau anda seorang yang diklasifikasikan sebagai “terror1st” (pengganas) berbahaya, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) boleh melancarkan drone (pesawat terbang tanpa pemandu) untuk membunuh anda.

Agensi perisikan kita pun mempunyai kepakaran untuk mengesan akaun palsu. Sebab itulah sudah ramai pengguna akaun palsu dan akaun “anonymous” yang dikenal pasti, disiasat, dihadapkan ke mahkamah dan dihukum kerana melakukan pelbagai kesalahan, khususnya menghasut.”

(Pada Feb 2020, Amerika Syarikat membun0h pemimpin Al Qaeda di Yaman menggunakan serangan dron. – Editor)

Kadir Jasin berkata demikian di laman blognya setelah laman facebooknya diserang bertalu-talu oleh warganet khususnya mengenai dakwaan bahawa beliau sebelum ini memiliki saham dalam MRCB.

Katanya lagi, Internet yang sedang  digunakan untuk mengakses laman ini adalah produk ketenteraan.

“Ia adalah hasil penyelidikan ketenteraan Amerika melalui projek Arpa yang bertujuan mewujudkan saluran komunikasi barisan hadapan pasukan tentera Amerika. Setelah pihak tentera berjaya mewujudkan platform komunikasi yang selamat untuk kegunaan mereka, aplikasi sampingan Internet dibebas dan diperluaskan bagi tujuan awam mulai tahun 1969.

Masakan satu alat (tool) yang dicipta untuk tujuan ketenteraan dan kemudiannya dibenarkan untuk kegunaan awam bebas daripada pemantauan dan perisikan keselamatan?”

Tambahnya lagi, kerahsiaan di internet  tidak selamat kerana ia adalah produk ketenteraan Amerika selain mendakwa akaun palsu yang memberi komentar  spam, mencarut dan memaki hamun di lamannya mendapat bayaran untuk melakukan tugas tersebut.

Tidak cukup dengan itu, bekas penasihat media Tun Dr Mahathir  itu  turut memberi amaran “walaupun pemilik akaun media sosial berasa bangga dan gembira menyebarkan “spam” untuk tujuan berseronok-seronok atau mendapatkan bayaran (dedak) dengan menggunakan akaun palsu (fake accounts) namun siapa mereka dan dari mana mereka beroperasi tetap diketahui.”

Sejak minggu lepas, Kadir Jasin dan Najib Razak berbalas serangan antara satu sama lain berhubung isu saham MRCB di mana Najib mendakwa Kadir Jaain pernah mempunyai sejumlah saham dalam syarikat GLC tersebut.

Dua hantaran Kadir Jasin menjawab isu terbabit kini didapati tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan beliau setelah dihujani kritikan dan troll oleh warganet.

Pada hantaran tersebut, dapat dilihat komen Kadir Jasin yang memeriksa dan menangkap layar profile akaun facebook yang memberi komen di lamannya sambil mendakwa mereka adalah akaun palsu.  – Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: