“Akaun palsu akan dikenalpasti dan dihadapkan ke mahkamah” – Kadir Jasin

Kuala Lumpur, 6 Julai: Kadir Jasin mengingatkan warga net yang menggunakan akaun palsu bahawa “agensi perisikan mempunyai kepakaran mengesan mereka seterusnya disiasat, dihadapkan ke mahkamah dan dihukum kerana melakukan pelbagai kesalahan, khususnya menghasut”

Beliau berkata demikian di laman blognya setelah laman facebooknya diserang bertalu-talu oleh warganet khususnya mengenai dakwaan bahawa beliau sebelum ini memiliki saham dalam MRCB.

(Dakwaan tersebut dilakukan oleh bekas perdana menteri, Najib Razak di laman facebooknya  di sini.– Editor)

Beliau yang juga ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM berkata, sekiranya akaun palsu itu  yang diklasifikasikan sebagai “terror1st” (pengg@nas) berbahaya, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) boleh melancarkan dr0ne (pesawat terbang tanpa pemandu) untuk melakukan operasi pembun0han.

Anda mungkin menggunakan butir-butir palsu dan nama samaran untuk mewujudkan akaun anda, tetapi di mana pun anda berada di dunia ini, pergerakan anda tetap diketahui.

Kalau anda seorang yang diklasifikasikan sebagai “terrorist” (pengganas) berbahaya, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) boleh melancarkan drone (pesawat terbang tanpa pemandu) untuk membun0h anda.

Beliau turut memberi amaran bahawa kerahsiaan di internet  tidak selamat kerana ia adalah produk ketenteraan Amerika selain mendakwa akaun palsu yang memberi komentar  spam, mencarut dan memaki hamun di lamannya mendapat bayaran untuk melakukan tugas tersebut.

Mungkin ramai sudah tahu tetapi saya rasa banyak lagi yang belum tahu bahawa Internet yang sedang kita gunakan untuk mengakses laman ini adalah produk ketenteraan.

Ia adalah hasil penyelidikan ketenteraan Amerika melalui projek Arpa yang bertujuan mewujudkan saluran komunikasi barisan hadapan pasukan tentera Amerika. Setelah pihak tentera berjaya mewujudkan platform komunikasi yang selamat untuk kegunaan mereka, aplikasi sampingan Internet dibebas dan diperluaskan bagi tujuan awam mulai tahun 1969.”

Tidak cukup dengan itu, bekas penasihat media Tun Dr Mahathir  itu  turut memberi amaran “walaupun pemilik akaun media sosial berasa bangga dan gembira menyebarkan “spam” untuk tujuan berseronok-seronok atau mendapatkan bayaran (dedak) dengan menggunakan akaun palsu (fake accounts) namun siapa mereka dan dari mana mereka beroperasi tetap diketahui.”

Kadir Jasin kemudian memperincikan butiran akaun palsu, yang menurutnya :

  1. Menggunakan nama, gambar profil dan pengenalan diri yang luar biasa atau pelik.
  2. Daripada cara mereka menyamarkan diri kita sudah boleh mengagak status pendidikan, sosial, keintelektualan, budi pekerti, afiliasi politik dan matlamat mereka.
  3. Tidak ada keyakinan diri atau bermotif jahat, mencari makan sebagai pendedak dan soldadu siber parti politik.  Istilah “dedak” ini tercetus di kalangan penggiat media sosial Umno, khususnya blogger pada tahun 2014 berikutan herdikan Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Mohd Najib Abdul Razak terhadap blogger Umno. Mohd Najib melabelkan mereka bangang kerana mengkritik parti sendiri.
  4. Boleh dijadikan petunjuk tentang tahap kesihatan mental masyarakat kita.
  5. Tidak berakhlak, cetek pengetahuan, terbelenggu pemikiran dan tidak toleransi.
  6. Mendedahkan kehambaran pemikiran, nilai moral dan iman kelompok masyarakat yang umumnya amat taasub dengan jenama Melayu-Islam, maruah Melayu dan slogan agama, bangsa dan negara.

Sejak minggu lepas, Kadir Jasin dan Najib Razak berbalas serangan antara satu sama lain berhubung isu saham MRCB di mana Najib mendakwa Kadir Jaain pernah mempunyai sejumlah saham dalam syarikat GLC tersebut.

 

Dua hantaran Kadir Jasin menjawab isu terbabit kini didapati tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan beliau setelah dihujani kritikan dan troll oleh warganet.

Pada hantaran tersebut, dapat dilihat komen Kadir Jasin yang memeriksa dan menangkap layar profile akaun facebook yang memberi komen di lamannya sambil mendakwa mereka adalah akaun palsu.  – Buletin TTKM- 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.