Laman FB dan Youtube Aljazeera diserang ‘askar bawang’

Media Sosial 6 Julai: Warganet Malaysia yang lebih dikenali sebagai askar bawang menyerang laman facebook Al Jazeera 101 East dan akaun youtube Al Jazeera English berhubung dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang diterbitkan melalui program 101 East stesen telivisyen satelit Qatar tersebut.

Dokumentari tersebut mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.

Sedutan dokumentari tersebut berdurasi  58 saat yang dimuat naik di laman FB Al Jazeera setakat ini mendapat 67,000 komen selain 47, 000 emoji marah.

Rata-rata komen warganet pula mendakwa dokumentari tersebut tidak profesional, memutar belit fakta selain cuma memaparkan cerita sebelah pihak sahaja.

Berikut merupakan beberapa komen warganet :

5421

Sementara itu, video penuh dokumentari tersebut yang berdurasi 25 minit, 50 saat di akaun youtube AlJazeera mendapat 178,000  tanda tidak bagus  (thumbs down’) berbanding 2,000 tanda bagus (thumbs up) semenjak dinaikkan pada 3 Julai lepas.

178k

Manakala, ruang komen pula ditutup oleh AlJazeera gara-gara terlalu banyak komen negatif dari askar bawang Malaysia.

2

Sementara itu, di media sosial, turut tular satu kempen supaya video Al Jazeera itu dilaporkan kepada Facebook dan Youtube sebagai  ‘putar belit’ (misleading’.)

Setakat ini, Al Jazeera belum memberikan maklum balas berhubung kritikan pelbagai pihak di Malaysia berhubung dokumentari tersebut – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.