Sekarang kita boleh nilai sendiri Al Jazeera – Najib Razak

Oleh : Najib Razak

Sengaja saya tak komen tentang laporan program 101 East Al-Jazeera yang memfitnah dan memburukkan negara berhubung pendatang tanpa izin dua hari dahulu.

Supaya Rakyat Malaysia boleh tengok dan nilai sendiri bahawa program ini banyak mengikut naratif orang PH serta NGO-NGO pro-PH.

Dah bertahun-tahun, saya merupakan orang yang menerima kesan paling teruk dari program ini.

Misalnya laporan mereka tahun 2015 untuk kes Altantuya di mana mereka dah lama cop saya sebagai pembun0h pada masa geng PM4 sedang memainkan isu ini.

Dan juga pada wawancara tahun 2018 mereka apabila wartawan berkali-kali ingkar janji untuk tidak bertanya tentang kes 1MDB kerana kes baru masuk mahkamah masa itu dan saya dinasihatkan untuk tidak komen.

Tetapi mereka tetap tanya juga walaupun dah berjanji sebelum wawancara bermula untuk tidak tanya.

Namun setelah wawancara bermula, saya ada juga jawab sedikit.

Tetapi selepas saya jawab, dia tanya benda yang sama sekali lagi pulak!

Mana tak bengang masa itu?

Dan tahun 2019 lepas juga apabila 101 East gunakan wawancara Deepak untuk banyak memf1tnah saya dengan pelbagai tuduhan liar.

Selepas itu, Deepak kalah dalam mahkamah pada awal tahun ini dengan alasan hakim bahawa Deepak tidak ada sebarang bukti dan dia diarahkan untuk membayar kos kepada kita pulak.

“Kelima-lima defendan itu memfailkan permohonan untuk membatalkan saman atas alasan tuntutan saman kesemua plaintif tidak lengkap, tidak jelas serta tidak dapat dibuktikan.”

“13 Jan 2020: Mahkamah batal saman Deepak terhadap Najib, Rosmah”
https://www.malaysiakini.com/news/506919

Kesemua kes-kes itu adalah dari program yang sama. Program 101 East dari saluran Al Jazeera.

Masa itu, ramai yang percaya 101 East pulak!

(Siapa yang bersorak dan percaya semasa mereka menghentam saya masa itu, baik mengaku!)

Sekarang kita boleh nilai sendiri.

Grafik kredit FB Najib

Sebab itu, saya nasihat Rakyat untuk mengambil pengajaran supaya kita tidak mudah percaya dengan segala laporan media asing – terutama dari media-media yang banyak bergantung kepada naratif pihak PH.

NOTA: Admin untuk page FB program 101 East Al-Jazeera ada 9 orang.

Kredit FB Najib Razak

Tiga admin adalah dari Malaysia.

Siapakah mereka?

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.