Tekanan kepada Aljazeera dikesali – Fahmi Fadzil

Lembah Pantai Member of Parliament Fahmi Fadzil the Design School at Taylor’s is paving the way in creating a space for industry shakers to share their movements in a progressive education; enhancing community presence; contributing towards a safe society, and preserving the Malaysian design through the Troublemakers’ Manifesto.

‪KENYATAAN MEDIA

Saya kesal dengan tindakan memberi tekanan kepada warga media, termasuk yang terkini melibatkan Aljazeera. ‬

‪Media perlu memainkan peranan melapor dengan bebas. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud media bebas menerbitkan berita palsu atau tidak sahih.‬

‪Semak imbang ini memerlukan bukan sahaja Kerajaan yang faham fungsi media dalam memantau perjalanan pentadbiran, media yang beretika, tetapi juga rakyat yang mampu menilai maklumat yang disampaikan Kerajaan dan media.‬

‪Saya gesa YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah untuk bertindak segera meyakinkan para wartawan, editor dan warga media bahawa Kerajaan hari ini tidak anti media atau anti kebebasan bersuara, selain memberi komitmen tindakan-tindakan tekanan terhadap media akan dihentikan segera.

‪Saya juga gesa Kerajaan agar meneruskan usaha mewujudkan Majlis Media agar isu-isu berkaitan media dapat dibincang dan diusahakan secara sistematik, tanpa menjejas persepsi umum termasuk komuniti antarabangsa, dan tanpa menyebabkan media menjadi ‘pak turut’ Kerajaan.‬

YB Menteri ‪perlu segera bertemu dengan Jawatankuasa Sementara Majlis Media sebagai tanda komitmen beliau sendiri terhadap kebebasan media. Kegagalan atau keengganan bertemu Jawatankuada tersebut bermaksud beliau dan Kerajaan tidak lagi komited kepada prinsip kebebasan media.‬

‪April lalu Malaysia dilaporkan berada di tangga ke-101 dalam indeks Kebebasan Media 2020. Malangnya, tindakan-tindakan yang diambil terhadap media di bawah PN jelas akan menjejaskan kedudukan negara dalam carta Reporters sans frontières / Reporters Without Borders / RSF tersebut.‬

‪Media yang bebas adalah tiang seri demokrasi. ‬
‪Bila media dikongkong, minda rakyat bakal terkurung.‬

‪Fahmi Fadzil‬
‪Ahli Parlimen Lembah Pantai‬
‪Jurucakap KEADILAN bagi Komunikasi, Seni dan Budaya‬

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.