Asyraf Mustaqim umum sokong Muhyiddin

BERSATULAH: SURVIVAL BANGSA DI JEM4LA KITA!

Oleh : Asyraf Mustaqim

Kita semua masih kekal atas nama yang sama, tetapi bara juangnya telah menjadi buih-buih berserakan saat badai ketidaksefahaman itu kembali dihemp@s ke pantai. Lalu ke mana destinasi sump@h setia kita yang akar tunjangnya adalah perjuangan demi agama, bangsa dan negara?

Di atas semarak setia itu, kita pernah melaungkan kata ker@mat ‘#BERSATU!’, s@kit kita sama meng@duh, luk@ kita sama menyiuk, lalu sekiranya nahu dalil dan fatwa mula berbeza, perlukah kita cagarkan sumpah setia, sedangkan resam manusia fikirnya tidak serupa?

Ini parti keramat kita sahabat! Sayangi parti kita demi anak bangsa generasi seterusnya!
Jadikan parti kita kekal berdiri teguh mentadbir negara yang tercinta ini. Sepertimana isi rukun perlembagaan parti kita.

Andai ada kh1laf dan salah antara kita, maafkanlah. Sesungguhnya kita semua manusia yang tidak lari dari kesilapan. Yang masih menjauh, marilah kita kembali. Parti keramat ini perlukan kita. Sudah sampai masanya untuk kita bangkit, berganding bahu memperkukuhkan parti kita. Jalan terus! Jangan toleh ke belakang lagi. Ayuh rakan seperjuanganku!

Rapatkan saf agar kita menjadi komponen parti terkuat di antara parti-parti yang lain. Jadikan parti kita parti yang bersatu padu dan mempunyai jalinan ukhwah serta mampu bersatu hati melihat iltizam atau citra yang lebih besar. Runt0hnya Kota Melaka bukan sebab orang lain.

Saya percaya, dengan apa yang berlaku hari ini, adalah hikmah yang lebih baik buat kita semua demi agama, bangsa dan negara. Yang mana semua ini adalah ketentuanNya. Sama-samalah kita menggalas amanah ini.

Maka dengan ini, saya Mohd Ashraf Mustaqim bin Badrul Munir sepenuh hati memilih jalan juang bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mentadbir kerajaan hari ini disamping membantu memperkukuhkan parti demi survival parti selaku Presiden dan Pemangku Pengerusi agar BERSATU di kehadapan dapat menjadi #MERCU membawa perubahan buat seluruh anak Pribumi sebegitu pilihan anak bangsa melakar kesinambungan kejayaan pemimpin-pemimpin terdahulu.

MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
Ahli BERSATU Seumur Hidup 00000141
.
#BERSATU
#ARMADA
#DemiARMADA
#KitaBERSATU
#MercuMELAYU
#MercuPRIBUMI
#BersatulahMELAYU
#PERKASAKANparti

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.