Nazri Aziz cadang Muhyiddin jadi presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. menyarankan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyertai UMNO kerana dengan cara tersebut,  jawatan nombor satu negara itu akan kembali semula ke pangkuan UMNO.
“Pada saya la, Tan Sri Muhyiddin ini bukan dia tinggalkan kita (UMNO), tapi dia dipecat. Tak ada malunya. Sekiranya dia kembali kepada UMNO sebagai ahli, sumbangan dia besar iaitu jawatan perdana menteri dia dah pegang. Maknanya, dia masuk UMNO dia bawa jawatan perdana menteri itu kepada UMNO. Kita kena terimalah.”
Katanya lagi, tidak berbangkit mengenai kedudukan Zahid Hamidi sebagai presiden UMNO kerana yang lebih diutamakan adalah parti UMNO itu sendiri sambil menyarankan  bermaaf-maafan .
“Pada saya, tidak berbangkit soal apa akan terjadi kepada presiden (UMNO)  kita. Yang penting parti.
Kita sebagai orang Melayu ni kena sentiasa terbuka bersedia untuk bermaaf-maafan demi perjuangan bangsa”
Beliau berkata demikian ketika dihubungi portal Astro Awani.
Pada 2016,  Tan Sri Muhyiddin Yasin dipecat dari UMNO di atas kesalahan disiplin kerana berkempen di pihak pembangkang. 
Nazri Aziz sebagai ahli majlis tertinggi UMNO  ketika itu berkata  Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu disingkirkan daripada Umno kerana mereka bertindak melangkaui batas

Menurut Nazri, jalan terbaik adalah dengan menggugurkan timbalan presiden Umno yang digantung dan bekas menteri besar Kedah itu daripada Umno atas tuduhan melanggar disiplin parti.

“Kami perlu berbincang semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang. Sudah tentu pendapat peribadi saya adalah untuk memastikan mereka keluar.

“Sama seperti bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyingkirkan dua wakil rakyat yang tidak mengundi resolusi menentang Umno di Dewan Undangan Negeri. Kami akan mengikuti gaya mereka,” 

Beliau turut menyifatkan Muhyiddin sebagai nyamuk dan anjing yang suka menggigit kaki pemimpin UMNO.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.