SPRM cekup bekas setpol Mat Sabu berkait projek lebih RM56 juta

PETALING JAYA 8 Julai: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu dalam siasatan membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim, mengeluarkan perintah reman selama 6 hari terhadap lelaki berusia 49 tahun itu, bermula hari ini sehingga 13 Julai, selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

FMT melaporkan sumber mendakwa bekas setiausaha politik tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati suspek kes itu menerima wang jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem tersebut secara rundingan terus dengan sebuah kementerian sekitar Ogos 2019.

“SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM, menurut kenyataan badan anti-rasuah itu.

Lelaki berumur 49 tahun itu ( tengah memakai pelitup muka) ditahan reman 6 hari. Gambar The Star. 

The Star pula melaporkan Mat Sabu enggan memberikan komen berhubung isu ini apabila dihubungi.  – Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version