Hos Bernama TV ingatkan menteri tentang janji kebebasan bersuara

Kuala Lumpur: Hos Bernama TV, Herleena Pahlavy yang  dikenakan tindakan setelah menggelar stesen TV Al Jazeera sebagai Al Jahiliyah, mengingatkan  Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah mengenai janji beliau untuk terus mempertahankan kebebasan bersuara. 

(Buletin TTKM difahamkan Herleena digantung tugas menurut laporan. Walaubagaimanapun, kami sedang mendapatkan pengesahan beliau mengenai perkara ini)

Herleena Pahlavy berkata demikian dalam satu status di facebooknya sambil berkongsikan satu pautan berita pada Mac 2020 yang bertajuk “Saifuddin janji terus pertahan kebebasan bersuara”

“Masihkah kau ingat” – Herleena Pahlavy

Terdahulu, di akaun twitter beliau, Herleena berkata menjadi berani dan patriotik di saluran TV Malaysia akan menyebabkan seseorang itu menanggung akibat.

 

https://twitter.com/herleenapahlavy/status/1280859374529818624

Dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV Isnin lalu untuk membincangkan dokumentari kontroversi itu, hos terbabit menggelar Al Jazeera  sebagai Al-Jahiliyah.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang. Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,”

Beliau kemudiannya mengakhiri program itu dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Berikutan itu, Dato Saifuddin Abdullah di akaun twitternya menyatakan gelaran sedemikan terhadap Al Jazeera oleh hos terbabit tidak sepatutnya diberikan.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu, tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu. Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” 

Jumaat lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” selama 25 minit menerusi program 101 East, yang mendakwa Putrajaya menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menahan pendatang asing tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Polis kemudiannya menyiasat saluran berita itu di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Jabatan Imigresen pula sedang mengesan lelaki Bangladesh, Rayhan Kabir yang ditemubual program itu yang mendakwa pihak berkuasa membuat perangkap terhadap pendatang tanpa izin ketika  operasi pencegahan wabak covid-19 di ibu kota tempoh hari.

“Mereka membuat perangkap terhadap kami. Mereka mungkin berikan makanan dan ubat-ubatan. Jadi tiada sesiapa menjangkakan bahawa mereka akan ditahan Mereka bukan pembun0h atau penjenay@h. Mereka cuma tidak mempunyai dokumen.”  – Rayhan Kabir

. -Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version