Jangan ubah jajaran baru ECRL – Anthony Loke

Foto Bernama.

JAJARAN ECRL

Oleh : Anthony Loke

Media kewangan The Edge melaporkan bahawa jajaran baru ECRL yang dirunding semula oleh Kerajaan Pakatan Harapan mungkin diubah semula ke jajaran asal yang dirancang dulu.

Saya ingin memberikan sedikit perspektif selaku mantan Menteri Pengangkutan dalam perkara ini.

Mengapa Kerajaan PH mengubah jajaran ECRL tersebut? Ada beberapa faktor yang dipertimbangkan.

Kredit Anthony Loke

1) Kos asal projek tersebut ialah RM65.5 billion. Selepas dirunding semula dan mengubah jajarannya, kos diturunkan sehingga RM44 billion. Penjimatan sebanyak RM21.5 billion! Penjimatan ini boleh dimanfaatkan untuk projek-projek infrastfuktur pengangkutan yang lain.

2) Jajaran baru ini dapat mengurangkan kos kerana ia dapat mengelak daripada membina satu terowong sepanjang 18km di Banjaran Titiwangsa merentasi Genting Highlands ke Gombak.

3) Jajaran baru ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos malah ia dapat menyelamatkan Klang Gate Quartz Ridge yang bakal dimusnahkan sekiranya terowong tersebut dibina. Kawasan tersebut merupakan khazanah semula jadi negara yang bakal diiktiraf oleh UNESCO.

4) Jajaran baru akan melalui 5 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor dan boleh memberikan tempias pembangunan kepada daerah-daerah yang kurang membangun.

5) Jajaran baru akan sampai terus ke Pelabuhan Westport (pelabuhan kontena paling sibuk di Malaysia) dan melalui kawasan Pulau Carey. Lembaga Pelabuhan Klang sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan terhadap potensi pembangunan “Mega Port” di Pulau Carey untuk masa hadapan. Dengan adanya laluan keretapi di sana, ia bakal menyumbang kepada pembangunan strategik di kawasan tersebut.

Saya menyeru lebih banyak pihak untuk menyatakan pendirian mereka supaya jajaran baru ini dapat diteruskan. – Buletin TTKM –

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Penulis merupakan bekas menteri pengangkutan. – Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.