Polis tahan aktivis NGO berhubung dakwaan c@bul dan s3rangan s3ksual terhadap doktor pelatih.

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis  telah menahan seorang aktivis terkenal berusia 56 tahun berhubung dakwaan s3rangan s3ksual terhadap seorang doktor pelatih.

Ketua Polis Bandar KL, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, aktivis itu, yang berkerusi roda dan lumpuh dari pinggang ke bawah, akan dirakam kenyataannya dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya,  polis menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 17 Februari lepas.

Pengadu, seorang lelaki berusia 27 tahun, pada mulanya ragu-ragu untuk tampil ke hadapan polis kerana risau akan merosakkan kariernya, apatah lagi suspek merupakan penyelia dan orang yang mempunyai pengaruh.

“Pada mulanya, dia (pengadu)  enggan mengambil apa-apa tindakan tetapi pada 7 Julai, dia meminta kami untuk meneruskan penyiasatan.

“Menurut laporan itu, pada 4 November tahun lalu, sekitar tengah hari, pengadu didakwa dic@buli oleh suspek lelaki terbbait di pejabatnya di sebuah hospital di sini,” – Datuk Seri Mazlan Lazim 

Suspek bekerja sebagai pensyarah dan juga pengasas sebuah badan bukan kerajaan dan kes  diklasifikasi di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, sejak beberapa hari yang lalu, tiga ahli NGO terbabit menulis di akaun facebook masing-masing menjarakkan diri dari NGO tersebut selagi tokoh terkenal tersebut tidak meletakkan jawatan sebagai pengarah.

Pada perkembangan yang sama, Malaysiakini melaporkan aktivis terbabit berkata tuduhan yang dilemparkan keatasnya  tidak berasas dan berniat jahat.

Walau bagaimanapun, aktivis itu berkata beliau  tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai laporan polis yang dibuat oleh doktor pelatih yang mendakwa dic@bul pada tahun lalu.

Sejak laporan doktor pelatih disebarkan kepada umum, terdapat juga individu lain tampil mendakwa aktivis itu telah mencabul mereka sejak tahun 2014 lagi.

“Oleh kerana nampaknya ada laporan polis mengenai hal ini, saya tidak dapat memberikan komen,” 

“Tetapi saya mengalu-alukan sebarang penyiasatan kerana ini akan menjadi peluang bagi saya untuk membersihkan nama saya.

“Saya ingin mengatakan bahawa saya dengan tegas menolak tuduhan jahat ini.

“Tuduhan tidak berasas ini dilakukan oleh tidak lain daripada ‘xxx’ yang tidak berpuas hati dengan saya,”

Kata aktivis itu lagi, penuduhnya menyimpan dendam setelah kalah saman sivil beberapa tahun lepas.

Antara s3rangan s3ksual yang didakwa pengadu adalah suspek mem3luk serta menc1um tengkuk dan pipinya. – Buletin TTKM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.