SPR sahkan Azhar Harun letak jawatan

Putrajaya, 9 Julai: Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengesahkan Azhar Azizan Harun telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya berkuatkuasa pada 29 Jun 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPR berkata timbalan pengerusi, Azmi Sharom akan mengambil alih tugas sebagai pengerusi SPR sehingga pengganti dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 114 (7).

Peletakan jawatan Azhar diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah seperti yang disahkan oleh surat dari Istana Negara bertarikh 30 Jun kata kenyataan tersebut.

Azhar dilantik sebagai pengerusi SPR pada 21 September 2018 menggantikan Mohd Hashim Abdullah.

Azhar disebut sebagai salah seorang calon untuk yang dipertua dewan rakyat, menggantikan Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof.

Usul menukarkan speaker dewan rakyat itu bakal dibentangkan pada sidang Parlimen 13 Julai depan oleh Perikatan Nasional.

Sama ada usul tersebut berjaya atau tidak diluluskan  akan membuktikan sama ada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin benar-benar mempunyai majoriti di dewan rakyat.  – Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: