Al Jazeera disiasat atas nasihat Jabatan Peguam Negara – KPN

KUALA LUMPUR 10 Julai: Siasatan polis terhadap Al Jazeera dijalankan atas arahan Jabatan Peguam Negara selepas mendapati dokumentari terbitan stesen penyiaran itu didapati cuba memburukkan nama Malaysia.

Berita Harian memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai berkata laporan dokumentari itu jelas mencetuskan rasa tidak senang dan kem@rahan orang ramai.

“Negara mempunyai undang-undang dan ia amat mudah dipatuhi demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendukung prinsip kebebasan media yang ‘bertanggungjawab’ namun laporan (dokumentari) berkenaan jelas menimbulkan kem@rahan orang ramai,”

Beliau berkata demikian dalam satuĀ  sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, enam kakitangan stesen penyiaran Al Jazeera bersama tujuh peguam hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan pagi tadi.

Kesemua mereka tiba di Bukit Aman jam 8.50 pagiĀ  untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Difahamkan, enam kakitangan itu terdiri daripada penerbit, editor, wartawan dan jurukamera serta mereka yang terbabit dalam menerbitkan dokumentari kontroversi ‘Locked Up In Malaysia’s Lockdown’.

Semalam, Al Jazeera menerbitkan satu kenyataan panjang lebar menyatakan terkejut dengan tindakan pihak berkuasa terhadap kakitngan mereka berhubung dokumentari tersebut.

“Al Jazeera menyeru pihak berkuasa Malaysia untuk tidak memulakan siasatan jenayah terhadap kewartawanan profesionalnya yang tidak berat sebelah.

Al Jazeera English bersedia menjadi hos bagi wakil kerajaan Malaysia untuk menjawab perkara yang dibangkitkan dalam dokumentari tersebut.” – Al Jazeera

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.