Permit kerja Rayhan Kabir dibatalkan, perlu serah diri sebelum diusir balik ke negara asal.

Kuala Lumpur, 12 Julai: JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) sudah membatalkan permit kerja lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera dalam laporan dokumentarinya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan JIM sudah membatalkan permit kerja Md Rayhan, lapor Harian Metro.

“Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya,” – , Tan Sri Abdul Hamid Bador

Selasa lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu,  Rayhan Kabir yang  ditemubual dalam satu dokumentari 101 East terbitan Al Jazeera yang bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”, mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing apabila pihak berkuasa membuat perangkap terhadap mereka ketika operasi pencegahan wabak covid-19 di ibu kota tempoh hari.

“Mereka membuat perangkap terhadap kami. Mereka mungkin berikan makanan dan ubat-ubatan. Jadi tiada sesiapa menjangkakan bahawa mereka akan ditahan Mereka bukan pembun0h atau penjenay@h. Mereka cuma tidak mempunyai dokumen.”  – Rayhan Kabir

Beberapa hari lalu wartawan dan kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung dokumentari tersebut. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version