Ini hansard penuh ‘gelap’ dan ‘bedak’ pada sidang 13 Julai 2020.

Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Saya ingin tahu, ini sekadar
penjelasan. Tadi saya dengar senarai nama yang dibaca tadi. Tidak ada Ahli Parlimen
wanita dalam jawatankuasa tersebut. Di bawah Pakatan Harapan, Yang Berhormat
Pandan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat
Pandan, wanita.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Yang Berhormat Pandan
menganggotai jawatankuasa tersebut akan tetapi kali ini tak ada seorang pun wanita
dalam jawatankuasa tersebut.

Beberapa Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Boleh Yang Berhormat Menteri
jelaskan kenapa atau tidak cukup wanita yang berkaliber?
Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Dalam Perikatan Nasional ini?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]:Gelap tidak
nampak.
Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa perkara tersebut boleh dibangkitkan semasa
perbahasan ya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Akan tetapi mohon, kenapa Yang
Berhormat Menteri tidak boleh jawab sekarang?
Tuan Yang di-Pertua: Semasa perbahasanlah.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Bolehlah jawab sekarang, sudah
umumkan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua: Nanti, sebab sekarang belum dibahas ya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Akan tetapi sudah diumumkan.
Kalau dia ada sebab biarkan dia sahaja…
Tuan Yang di-Pertua: Biarlah saya panggil bahas dahulu. Boleh tidak? Tolong…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: [Tidak jelas]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Bagus sangatlah.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat…
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Yang di-Pertua: Masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri
di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas maka saya jemput. Saya mulakan
perbahasan, saya jemput di sebelah sini dahulu. [Dewan riuh] Dibuka untuk perbahasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Sebelum Tuan Yang diPertua, atas peraturan. Saya minta Yang Berhormat Baling tarik balik kenyataan “gelap
tidak nampak” tadi. [Dewan riuh] [Dewan ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang di…
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya pun gelap,
tidak nampak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang ini…

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Rac1st.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Apa different
nya? [Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Rac1st.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat
pun gelap. Gelap tak ada jadi isu… [Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa mari kita bahaskan…
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tidak, saya
paling gelap, takkan gelap hendak jadi isu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua…
Beberapa Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Pembesar
suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua: Mari kita bahaskan…
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: [Tidak jelas]
…Saya paling gelap. Jadi apa masalah gelap sekarang ini?
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Tuan Yang di-Pertua… [Tidak
jelas] the Dewan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Yang di-Pertua, saya
minta tarik, minta ditarik sahaja. Itu sahaja itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: [Tidak jelas] …It is
unparliamentary language…
Tuan Yang di-Pertua: Mari kita bahaskan…
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Macam mana
saya hendak tarik, saya gelap. Mana boleh saya tarik saya kata saya gelap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya minta Yang
Berhormat Baling tarik balik kenyataan itu. [Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Tolong duduk.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Yang di-Pertua, saya
setuju. Saya… [Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: No Tuan Yang di-Pertua,
beliau tidak nafikan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tuan Yang diPertua, saya tidak menyatakan bahawa beliau gelap. Saya tidak kata Yang Berhormat
ini, Yang Berhormat ini gelap. Saya kata gelap, saya pun gelap, pakailah bedak.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Selesai
masalah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, you
cannot allow that kind of language. [Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]
Seorang Ahli: Pencuri.
Tuan Yang di-Pertua: Saya mulakan bahas untuk usul yang telah dibuat oleh
Yang Berhormat Menteri tadi…
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Tuan Yang di-Pertua, ruling untuk
Yang Berhormat Baling.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua
please. Tuan Yang di-Pertua, you are the newly minted Speaker, you must have some
order. You cannot allow him to use such language.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Tuan Yang di-Pertua, I like to
raised point of order.
Tuan Yang di-Pertua: Masa untuk…
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: [Tidak jelas] [Dewan riuh]
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: …Yang Berhormat Shah Alam keluar,
pergi tukar…
Tuan Yang di-Pertua: Saya buka untuk…
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Sekarang Yang Berhormat Baling.
Kena buat pada Yang Berhormat Baling.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Yang di-Pertua, saya
minta kita buat ruling fasal benda ini.
Tuan Yang di-Pertua: Saya buka perbahasan untuk usul yang dibuat oleh Yang
Berhormat Menteri dari…
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: No, tapi..
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Saya hendak bangkitkan point of
order.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, saya
minta maaf. Atas point of order saya minta maaf. Saya dengan segala hormatnya
memohon Tuan Yang di-Pertua buat ruling minta Yang Berhormat Baling tarik balik dan
minta maaf. You cannot allow him to used such language.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
bangkitkan point of order.
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Ini, peraturan… [Tidak jelas]

Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Point of order Yang
Berhormat Batu Kawan…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Point of order…
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Dia kena peraturan berapa? Yang Berhormat Jelutong telah sebut, peraturan berapa? Buatlah secara betul. Tolong
sebut…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Saya bagi peraturan mesyuarat
sekarang, Yang Berhormat Tanjong Karang duduk.
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Sebutlah.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Sabar.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Peraturan Mesyuarat 36(4),
dengan izin. “It shall be out of order for Members of the House to use offensive language
or make a sexist remark”. Tadi Yang Berhormat Baling bukan sahaja kata saya ini gelap
akan tetapi dia minta saya pakai bedak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Ya. He is a rac1st!
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Hei! Saya kata
saya pakai bedak, tengok…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Apa? [Pembesar suara
dimatikan] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Yang di-Pertua, saya
rasa kita kena buat ruling, perkara ini tidak boleh diterima.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, buat
ruling…
Tuan Yang di-Pertua: Saya ingin…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Yang Ahli Parlimen sebelah sana
itu, yang wanita Perikatan Nasional, semua diam kah? Sokong pakai bedak? Sokong
pakai bedak? [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Sila duduklah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Tapah,Yang Berhormat Tapah, can you allow him to use such language?
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Bukan kah Ahli Parlimen, kami ini
diundi oleh rakyat?

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Dia kata… [Pembesar
suara dimatikan]
Beberapa Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: [Berucap tanpa
menggunakan pembesar suara] …Yang Berhormat Tapah, what is your stand? Don’t
smile!
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tolong duduk. Saya buka usul yang
dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang tadi…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Saya minta ruling dari Tuan Yang
di-Pertua… [Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua,
tolonglah minta dia tarik balik.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Saya minta ruling dari Tuan Yang
di-Pertua. I ask for a ruling from you!
Seorang Ahli: Tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: We asking you…
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tuan Yang diPertua, tidak apalah. Kita ini besar hati, kita hendak teruskan urusan.
Tuan Yang di-Pertua: Ya. [Dewan riuh]
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Besar…
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: [Berucap tanpa
menggunakan pembesar suara] …Besar hati kepala otak kau.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya tarik balik.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Ini adalah satu rac1st, tidak adil kepada wanita
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya tidak
mengatakan pada dia pun saya. Saya kata gelap, saya pun gelap…
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Tapah.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Tarik balik, minta maaf.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya tarik balik.
Selesai masalah.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, sudah ditarik balik. Yang Berhormat tarik balik.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Tarik balik, minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua: Sudah ditarik balik.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Tarik balik, minta maaf. [Pembesar suara
dimatikan] [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Sudah ditarik balik.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: You insulted all the women here
in this House.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: You said that! Yang
Berhormat Batu Kawan…
Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: You said that to Yang
Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: You insulted all the women Yang
Berhormat Baling… Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan P. Prabakaran [Batu]: Yang Berhormat Baling rac1st. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Sudah dikatakan ditarik balik. So, bolehkah kita mulakan
bahas usul yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri? [Dewan riuh]
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Tuan Yang di-Pertua…
Tuan P. Prabakaran [Batu]: Belum tarik balik. Minta dia tarik balik dahulu!
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Tuan Yang di-Pertua…
Seorang Ahli: You kena buat satu…
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Tuan Yang di-Pertua, saya
hendak tanya… [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Sila.
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Adakah mulai hari ini…
Seorang Ahli: No, no, no, Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Adakah mulai hari ini…
Seorang Ahli: Speaker, you have to make your ruling on it…
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Adakah mulai hari ini perkataan
“gelap” itu dianggap sebagai unparliamentary? Saya hendak tanya, adakah mulai hari
ini sesiapa sahaja cakap “gelap” merupakan unparliamentary?
Beberapa Ahli: No.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: No! Apa niat? Apa niat untuk
berkata… [Pembesar suara dimatikan]
Tuan P. Prabakaran [Batu]: Rac1st remark. [Dewan riuh]
Seorang Ahli: Yang di-Pertua, you have to make your ruling on that… [Dewan
riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Perkara itu telah ditarik balik.

Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua, you have to make your ruling…
Tuan Yang di-Pertua: Perkara itu telah ditarik balik.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: You must make a ruling Tuan
Yang di-Pertua. Are you not the Speaker of the House?
Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua, you have to make a ruling.
Tuan Yang di-Pertua: Perkara itu telah ditarik balik ya. [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli: Sexist is remark!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli: Speaker, you have to make a ruling.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Minta saya pakai bedak. What is
that means?
Seorang Ahli: It is a sexist remark!
Seorang Ahli: Please make a ruling.
Tuan P. Prabakaran [Batu]: Minta dia keluar Dewan.
Seorang Ahli: Be impartial Tuan Yang di-Pertua. Make a ruling. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Perkara itu telah ditarik balik. [Dewan riuh] Bolehkah kita
jalankan bahas sekarang?
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: You are the Speaker of the
House. You claim to be a Speaker of the House. [Dewan riuh] [Pembesar suara
dimatikan]
Seorang Ahli: How could you decide? Make a ruling.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Point of order Tuan Yang diPertua, bila ada satu perkataan digunakan di bawah Peraturan 36(4) Tuan Yang diPertua patut buat ruling, adakah unparliamentary atau tidak?
Tuan Yang di-Pertua: Sebelum saya buat ruling tadi telah ditarik balik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tak, bukan Tuan Yang diPertua, nanti sekejap. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua baru, belajarlah,
jangan sombong sangat. [Dewan riuh] Sekejap. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, I
respect you akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu Tuan Yang diPertua…

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Dato’ Dr. Mohd Khairuddin
bin Aman Razali]: Yang sombong itu Yang Berhormat Sepang, bukan Tuan Yang diPertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, tidak apa. Tuan Yang diPertua, saya hendak beritahu tadi ada minta ruling, Tuan Yang di-Pertua tidak mahu
membuat ruling. Selepas tarik balik, Tuan Yang di-Pertua kata sudah tarik balik. Tuan
Yang di-Pertua, patutnya buat ruling dahulu.
Timbalan Menteri Kesihatan I [Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali]: Tarik
baliklah, sombong itu.
Tuan Yang di-Pertua: Kerana telah ditarik balik maka saya tidak perlulah buat
ruling.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: No, before that. [Dewan riuh]
You just silent, you don’t want to make any ruling. Before, he is…
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Tuan Yang di-Pertua.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: You need to keep a de quorum
in the House. [Pembesar suara dimatikan] You claim this is your House…
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Must make a ruling!
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Yang di-Pertua: Sudah ditarik balik. Hendak ruling lagi?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, ada dua
perkara di sini. Pertamanya, buat ruling…
Tuan Yang di-Pertua: Tolong duduk.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang diPertua.
Tuan Yang di-Pertua: Tolong duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, pertama…
[Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]
Seorang Ahli: Insulted Yang Berhormat Batu Kawan.
Tuan Yang di-Pertua: Perkara itu telah ditarik balik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Bukan Tuan Yang di-Pertua,
dengar dahulu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Saya akan memulakan bahas mengenai isu Yang
Berhormat Menteri Undang-undang sekarang. [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak bolehlah begini.

Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Saya tidak setuju. Saya telah
dianiayai di Dewan Rakyat ini tanpa keadilan.
Tuan Yang di-Pertua: Dijemput Ahli-ahli yang di sebelah sini untuk
membahaskan.
Tuan P. Prabakaran [Batu]: Speaker tidak adil.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: There is no justice for women in
the House. [Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Menteri Undang-undang.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Tuan Yang di-Pertua, we
amended the standing order to make sure there is no sexist remark in the House. We
are amended the standing order to protect women in the House.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Dato’
Takiyuddin bin Hassan]: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana tidak ada perbahasan
untuk usul yang saya bawakan ini, saya mohon… [Pembesar suara dimatikan]
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Kami meminda…
Tuan Yang di-Pertua: Sekejap.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan: Oleh kerana perbahasan untuk usul yang saya
bentangkan ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hei! Mana boleh tidak ada
perbahasan, belum lagi… [Tidak jelas]
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan: Saya minta Tuan Yang di-Pertua membuat
undian…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Tuan Yang di-Pertua, point of
order.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, apa ini
Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Tuan Yang di-Pertua, point of
order.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan
masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang
dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah
Nombor 6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Dewan riuh]
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Point of order.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Bad performance on the first
day, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Point of order Tuan Yang diPertua. [Dewan riuh]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: That is a very good
Speaker.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua macam
tidak mahu dengarlah, masalah lah Tuan Yang di-Pertua ini.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Point of order Tuan Yang diPertua…
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: You don’t want to listen first.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: I have been raising, point of order
is my right in this House. Ini adalah hak saya dalam Dewan Rakyat ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: You are being unfair on us…
[Dewan riuh]
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Ini adalah hak saya dalam Dewan
Rakyat, peraturan mesyuarat…
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Tuan Yang di-Pertua, yang
dibangkitkan…
Dato’ Takiyuddin bin Hassan: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengikut
peraturan…
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Saya mengikuti dan mohon
kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua untuk hanya memutuskan secara umum kenyataankenyataan sexist tidak harus diizinkan, itu. [Tepuk] Saya faham Yang Berhormat Baling
telah minta maaf dan tarik balik.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pakai bedak pun
sexist kah?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Akan tetapi itu sahaja.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak, pakai bedak
pun sexist kah?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Jangan menghina.
Seorang Ahli: Ini…

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Berucap tanpa
menggunakan pembesar suara]
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Yang Berhormat Pasir Salak dari
dahulu lagi tidak bertaubat langsung. Tidak malu!
Tuan P. Prabakaran [Batu]: Ini discrimination. [Dewan riuh]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pakai bedak pun
sexist kah?
Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Tuan Yang di-Pertua, Yang
Berhormat Baling tidak tuju kepada sesiapa. Saya ingat esok tengok Hansard, esok
tengok Hansard kalau Yang Berhormat Baling sebut pada sesuatu perkara umum…
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: No, make a ruling now, no
Hansard. Make the ruling now, Yang Berhormat Tanjong Karang.

-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.