Jual aset kerajaan : “Saya tak pernah luluskan, tanyalah Gombak!” – Lim Guan Eng.

Kuala Lumpur, 15 Julai: Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng bgerkata  beliau tidak pernah menjual sebarang aset kerajaan ketika menggalas jawatan sebagai menteri kewangan ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lim berkata demikian sewaktu  perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya nak nyatakan di sini, semasa saya menjadi menteri kewangan saya tak pernah luluskan penjualan sebarang aset kerajaan.

“Penjualan yang berlaku adalah di bawah kerajaan menteri-menteri lain bukan kementerian kewangan jadi jangan salahkan kementerian kewangan,” – Lim Guan Eng 

Abdul Azeez Abdul Rahman (PN-Baling) kemudian mencelah dan meminta Lim mendedahkan nama menteri yang menjual aset tersebut.

“YB sebutlah nama menteri itu, senang bagitahu mana yang jual itu. YB be gentleman sir dan bagitahu, senang kita.” – Abdul Azeez Abdul Rahman

Turut mencelah adalah Tajuddin Abdul Rahman (BN- Pasir Salak) yang meminta meminta Lim Guan Eng  menjelaskan penjualan kepentingan Khazanah Nasional Berhad di dalam IHH Healthcare Berhad kepada syarikat Mitsui & Co Ltd ketika pentadbiran kerajaan PH dahulu.

“IHH dijual ke Mitsui, siapa yang lulus?” – Tajuddin Abdul Rahman

Lim kemudian menjawab penjualan saham IHH Berhad kepada Mitsui yang berpangkalan di Jepun bukan keputusan kementerian kewangan. Beliau kemudian memberikan petunjuk dengan menyebut Gombak ( Azmin Ali).

“(Penjualan saham) dari IHH ke Mitsui, ia bukan dari Kementerian Kewangan, kalau nak (tahu) menteri mana, tanyalah dari (Anggota Parlimen) Gombak (Mohamed Azmin Ali),”

Azmin kemudian berdiri  untuk menjawab tetapi tidak dapat berbuat demikian ekoran keadaan dewan rakyat yang agak bingit.

Ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, Azmin Ali merupakan menteri ekonomi manakala bawah kerajaan Perikatan Nasional,  Azmin Ali menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

– Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.