Syed Saddiq beri keterangan kepada SPRM selama 11 jam.

Putrajaya, 17 Julai: Selepas 11 jam, bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat meninggalkan bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya malam tadi lebih kurang 9 malam.

Menulis di twitternya sambil memeluk kucingnya yang bernama Meow Meow, Saddiq berkata tiada apa yang beliau mahu sembunyikan disamping berterima kasih kepada pegawai SPRM yang bertugas lebih masa dan memberikan layanan yang baik serta profesional.

“Semalam turn Toby. Hari ni turn Meow Meow pula. Terima kasih para pegawai SPRM yang bertugas lebih masa hari ini atas layanan yang baik dan profesional. Sekali lagi, saya tak ada nak sembunyikan apa apa. Berani kerana benar.”

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki,menafikan mereka menahan bekas menteri belia dan sukan itu. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo pada petang tadi mendakwa Syed Saddiq ditahan SPRM dan beliau berharap bekas menteri tersebut disarungkan baju oren lokap SPRM.

Dapat berita @SyedSaddiq telah ditahan SPRM. Walau Aku menyampah dengan Saddiq penipu ni Aku harap dia diperlakukan dengan adil sama seperti mereka yang sebelum ini ditahan. Baju Oren lokap SPRM mesti disarungkan tanpa ragu ragu.” – Papagomo

Walau bagaimanapun, Syed Saddiq menjawab beliau tiada baju oren SPRM sebaliknya beliau mempunyai seekor kucing berwarna oren.

“Baju oren aku tak ada bro. Yang ada Oyen ni je seketul.” – Syed Saddiq

Saddiq tiba di pejabat tersebut pagi tadi kira-kira jam 10 pagi untuk memberikan keterangan berhubung kes kehilangan wang berjumlah RM250,000 di rumahnya.

Beliau mendakwa wang tersebut merupakan wang simpanan beliau serta kedua ibu bapanya untuk tujuan ubah-suai rumah.

Semalam, Syed Saddiq  meninggalkan Dewan Rakyat lebih awal kerana dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan. -Buletin TTKM-

 

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.