Sultan Selangor murka: “Conteng tindakan sangat biadap”

20 Julai 2020 ~

KENYATAAN AKHBAR D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin-pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Baginda bertitah, contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain ini sebagai perbuatan yang sangat bi@dap.

Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor. Apatah lagi, Baginda amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya.

Baginda berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak n@kal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebenc1an.

Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Istana Alam Shah
20 Julai 2020

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.