VIDEO HD CCTV : Suspek pelaku conteng mural “Hero Negara” dirakamkan

Kuala Lumpur 20 Julai: Satu rakaman video kamera litar tertutup tular di media sosial hari ini  memaparkan pelaku yang dipercayai melakukan vand@lisme pada lukisan mural di U21, Shah Alam.

Video yang berdurasi lebih kurang dua minit itu bermula dengan dua sosok yang turun dari kereta yang berhenti di bahu jalan dekat lorong berdekatan mural tersebut.

Kedua mereka itu kemudian dipercayai menconteng mural dan menulis beberapa perkataan kesat.

Unit video forensik Buletin TTKM telah melakukan penambahbaikan dengan manaikkan kualiti dan membesarkan video tersebut dan ia boleh dilayari di bawah:

https://www.facebook.com/BuletinTTKM/videos/702919747227946/

 

Pada perkembangan yang sama, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murk@ dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab menc0nteng mural pemimpin-pemimpin negara tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, baginda berpandangan tindakan itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab disebabkan politik kebenc1an.

“Baginda berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.

“Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” 

Mural di Seksyen U12 Shah Alam dilukis awal bulan ini, dan sejak itu menjadi tular di media sosial.

Selain potret Agong, turut dilukis adalah potret Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Mural yang telah rosak akibat diconteng itu kini keseluruhannya sudah dipadamkan oleh pihak berkuasa dengan cat putih. -Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.