Kuarantin wajib di stesen kuarantin mulai Jumaat ini – Menteri

Kuala Lumpur, 21 Julai: Kerajaan hari ini  melaksanakan semula arahan kuarantin wajib terhadap mereka yang memasuki negara ini mulai Jumaat, kata Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan itu berkata keputusan berkenaan dibuat berikutan lonjakan kes sejak minggu lalu dengan banyak yang dikesan positif di kalangan kumpulan ini.

Justeru, beliau berkata mereka yang dikuarantinkan perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.

Semalam, pihak berkuasa kesihatan dilaporkan sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah selepas fotonya makan di restoran dekat Bandar Meru Jaya di Ipoh.  tular di media sosial.

Ismail berkata kerajaan memandang serius insiden ketidakpatuhan SOP kuarantin di rumah yang boleh menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

“Tindakan mereka ini amat tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun RM1,000 ataupun mendakwa di mahkamah dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan,” 

Katanya, mereka yang memasuki negara ini akan segera dihantar ke pusat kuarantin.

“Semua yang balik dari luar negara termasuk warga asing yang diizinkan masuk ke negara ini, akan diwajibkan kuarantin di pusat kuarantin ditetapkan oleh kerajaan.

“Tiada lagi kuarantin wajib dari rumah bermula Jumaat (24 Julai) tetapi akan dibuat di pusat kuarantin wajib seperti yang dilaksanakan sebelum perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP),”  – Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata rakyat Malaysia yang kembali ke negara ini tidak perlu lagi menjalani ujian Covid-19 sebelum berangkat ke negara asal masing-masing.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia masih diminta menjalani ujian Covid-19 sebelum pulang.

Sejak beberapa hari yang lalu, kes baru covid-19 mula meningkat kepada dua digit.

Situasi terkini Covid-19 setakat 21 Julai 2020, 5.00 petang di Malaysia

Kes baharu: 15
Kes aktif: 130
Sembuh: 8,562
Keseluruhan kes: 8,815
Kematian: 123, tiada kes kematian baharu dilaporkan

-Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.