PMO sahkan terdapat ralat pada angka ucapan PM

Putrajaya 21 julai : Pejabat Perdana Menteri mengesahkan terdapat ralat pada angka yang disebut dalam ucapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam.

“Merujuk kepad abantuan kerajaan di bawah inisiatif PRIHATIN yang disebut dalam Perutusan Khas YAB Perdana Menteri semalam, angka sebenar adalah sebanyak 68,336 pemandu e-hailing yang telah menerima elaun tunai RM500 berjumlah RM34 juta, manakala 37, 127 pemandu teksi, pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran telah menerima elaun tunai RM699 dengan jumlah keseluruhan RM22.2 juta. 

Mengenai bantuan subsidi upah pula, inisiatif ini yang bernilai RM7.4 bilion telah memberi manfaat kepada 313,300 majikan dan 2.5 juta pekerja di seluruh negara” 

  • Kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Semalam, bekas menteri pengangkutan, Anthony Loke berkata terdapat kesalahan angka pada  perenggan ke-7 ucapan YAB PM .

“Pertamanya, jumlah pemandu e-hailing di seluruh negara tidaklah sampai 1.4 juta orang. Jumlah pemandu e-hailing yang telah berdaftar dengan APAD hanyalah dalam lingkungan 120 ribu orang.

Kalau 1.4 juta pemandu dibayar RM500 seorang, jumlah yang diperlukan ialah RM700 juta, bukannya RM34 juta.

Saya rasa angka yang lebih tepat ialah RM34 juta telah dibayar dan kalau dibahagikan dengan RM500, jumlah penerima ialah 68 ribu orang, jauh beza dengan 1.4 juta orang!

Keduanya, kalau betul 477 ribu pemandu pelancong, pemandu teksi dan bas dibayar RM600 seorang, jumlah yang perlu diperuntukkan ialah RM286.2 juta, bukannya RM28.8 juta.” – Anthony Loke. 

Terdahulu, menteri kewangan, Tengku Zafrul Aziz di dewan rakyat pagi tadi turut mengesahkan kesalahan angka tersebut dan berkata pejabat perdana menteri akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.  – Buletin TTKM-

109781015_3174082142670323_1873460866065834981_o

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.