Saya kritik Najib sebab dia tumbangkan kerajaan PH, kata Tun M

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan kritikan terbukanya terhadap Najib Razak di atas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu kerana beliau bukan “individu tepi jalan”.

“Beliau bukan seorang individu tepi jalan, beliau bekas perdana menteri. Kalau bukan bekas perdana menteri, kita tidak ada masalah, sebab itu saya berhak sebut nama orang terlibat,”

Beliau berkata demikian  ketika menjawab soalan dari  Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) yang membangkitkan peraturan mesyuarat yang menyatakan ahli Parlimen tidak patut menyebut nama individu secara spesifik dengan niat mengkritik individu terbabit.

Terdahulu beliau berasa sedih dengan perancangan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional ‘melalui pintu belakang’ yang melibatkan parti beliau, PPBM.

Tambahnya lagi, isu DAP akan menghancurkan orang melayu dicipta oleh Datuk Seri Najib untuk menjatuhkan kerajaan .

“Parti ini ditubuhkan khusus untuk menjatuhkan kerajaan kleptokr@t pimpinan Datuk Seri Najib. Perancangan ini kononnya bertujuan untuk menyelamatkan Melayu dari dih@ncur oleh DAP.

Ini adalah isu yang dicipta oleh Datuk Seri Najib untuk menjatuhkan kerajaan PH, supaya Najib dapat menjadi sebahagian dari kerajaan yang akan mengambil alih.

Malangnya ada pimpinan dan ahli PPBM, yang percaya DAP boleh h@ncur orang Melayu.” – Tun Dr Mahathir. 

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan Agong di Parlimen hari ini.

Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Februari lalu menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Beliau mendakwa melakukan tindakan tersebut kerana PH telah kehilangan majoriti apabila ahli parlimen PPBM bertindak keluar dari pakatan tersebut yang kemudian turut disertai oleh beberapa ahli parlimen dari PKR yang dipimpin  Azmin Ali. – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version