JAWAPAN KEPADA RAYHAN KABIR DAN PUAK-PUAK KONONNYA AKTIVIS HAK ASASI

Oleh : Biro Guaman TTKM

03/07/20 – Rayhan Khabir (RK) di dalam temuramah untuk dokumentari 101 East “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” terbitan Al-Jazeera yang diadakan di Chow Kit, KL menyatakan PATI dan warga asing tidak berdokumen “Dilayan Seperti Binatang” ketika perintah PKP dikuatkuasakan seluruh negara.

Rujukan: https://youtu.be/zyl_xsdpteI

KENAPA RK DICARI ?

07/07/20 – JIM mengeluarkan notis kepada awam untuk membantu memberi maklumat mengenai RK dan keberadaan beliau bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) berhubung dokumentari yang diterbitkan oleh Al-Jazeera tersebut

Rujukan: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3287713281295104&id=138683329531464

Seksyen 40 (1) Akta 155 memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah JIM (KP) untuk memanggil siapa saja sebagai saksi untuk apa jua tujuan penyiasatan dan apa jua inkuiri

07/07/20 – PDRM juga turut memanggil individu – individu lain yang berkaitan dengan laporan dokumentari tersebut termasuk wartawan dan KESEMUA MEREKA MEMBERI KERJASAMA pada 10/07/20

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/91143/BERITA/Jenayah/Laporan-Al-Jazeera-PDRM-panggil-beberapa-individu-bantu-siasatan

Rujukan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709205/wartawan-penerbit-al-jazeera-antara-yang-hadir-beri-keterangan

10/07/20 – KPN PDRM meminta RK tampil untuk memberi keterangan untuk membantu siasatan jika kenyataan “Dilayan Seperti Binatang” itu betul dan KPN memberi jaminan keselamatannya

Rujukan: https://www.facebook.com/watch/?v=1712138772276379&_rdr

Oleh itu boleh disimpulkan RK telah dicari kerana diminta untuk memberi keterangan berhubung kenyataan beliau “Kawan – kawan saya duduk Malaysia takde dokumen dilayan seperti binatang” dan beliau tidak menampilkan diri seperti diminta walaupun wartawan yang temu ramah beliau yg memegang passport pun berani nak tampil dan beri keterangan walaupun dijamin PDRM.

ADAKAH JIM ADA KUASA UNTUK MEMBATALKAN PERMIT KERJA RK DAN ADAKAH IANYA WAJAR?

12/07/20 JIM telah membatalkan permit kerja RK kerana gagal menampilkan diri untuk memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Seksyen 40 (2) Akta 155 memperuntukkan, bagi membantu siasatan, jika saksi gagal untuk menghadirkan diri dengan alasan munasabah pada masa dan tempat yang ditetapkan, RK boleh dikira melakukan kesalahan di bawah akta tersebut.

Seksyen 3, 4, 9 Akta 155 memperuntukkan KUASA MUTLAK kepada KP JIM mengikut budibicaranya untuk membatalkan permit jika pada hematnya “expedient” dilakukan demi keselamatan awam atau diatas sebab ekonomi, industri, social, pendidikan dll PADA BILA – BILA MASA dan jika KEBERADAANNYA di dalam Negara ini “prejudicial” kepada ketenteraman awam.

Seksyen 59 Akta 155 menyatakan tiada peruntukan untuk Hak untuk Didengari (Right to be heard) untuk sebarang permohonan pendengaran di hadapan Menteri atau KP JIM

Seksyen 59A Akta 155 menyatakan tiada peruntukan untuk Judicial Review (semakan kehakiman) di mana – mana Mahkamah untuk SEBARANG KEPUTUSAN yang dibuat oleh KP JIM melainkan hanya perkara yang melibatkan pematuhan prosedur. (Procedure Compliance).

Oleh itu boleh disimpulkan keputusan untuk membatalkan permit RK adalah Kuasa Mutlak KP JIM kerana dia telah melakukan kesalahan kerana gagal untuk menghadirkan diri untuk memberi keterangan dan kerjasama sebagai saksi, (dia adalah saksi dalam dokumentari tersebut) dan pembatalan permit itu adalah mengikut budibicara KP JIM yang telah diperuntukkan jika keberadaan Warga Asing ini boleh menimbulkan ketidaktenteraman kepada Warganegara samada dari segi sosial, ekonomi dll dan mengikut undang – undang, malah jika difailkan untuk dicabar di Mahkamah pun, mahkamah tak layan sebab dah terang – terang tulis takde peruntukan.

KENAPA RK DITANGKAP?

25/07/20 – RK ditangkap oleh PDRM.

Rujukan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/714493/rayhan-kabir-sudah-ditahan

Seksyen 15 Akta 155 memperuntukkan sesiapa sahaja yang telah dibatalkan permit atau permit sudah tamat tempoh hendaklah TIDAK BERADA di Malaysia dan Seksyen 31 akta yang sama memperuntukkan samada kesalahannya didakwa atau tidak, KP JIM boleh memerintahkan individu tersebut DIKELUARKAN dari Malaysia.

Seksyen 35 Akta 155 memperuntukkan individu yang telah dibatalkan permit boleh ditahan tanpa waran oleh JIM ataupun PDRM dan boleh ditahan samada di Balai Polis, Penjara atau Pusat Tahanan Imigresen samada BERJERIJI ATAU BERKAWAT DURI atau tidak (ni admin tambah, ada ke pusat tahanan takde kawat duri?)

Oleh itu boleh disimpulkan RK ditahan kerana permit beliau telah dibatalkan dan keberadaan dia di Malaysia adalah tidak sah dan dia wajar dikeluarkan dari Malaysia dan Kerajaan dah cukup baik nak hantar dia pulang pakai flight dari suruh dia naik tongkang atau berenang balik ke Bangladesh.

MAKA PERSOALAN SAMADA KAWAN – KAWAN RK DILAYAN SEPERTI BINATANG ADALAH TIDAK TIMBUL KERANA DAH KAU DUDUK NEGARA ORANG SECARA HARAM, KAU KENA LA DITAHAN DI TEMPAT YANG DAH DISEDIAKAN. TAKKAN NAK LETAK DALAM HOTEL 5 STAR PULAK MACAM PUSAT KUARANTIN GOLONGAN KAYANGAN.

SAMALAH KALAU ADMIN DATANG BANGLADESH, DUDUK SECARA HARAM, KERAJAAN SANA PUN AKAN BUAT BENDA YANG SAMA MENGIKUT UNDANG – UNDANG IMIGRESEN BANGLADESH.

ITU OTAH MANA DUDOK?

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.