Tayar pancit, Guan Eng lambat beri kenyataan pada SPRM.

PUTRAJAYA  25 Jun–  Setelah sesi mengambil keterangan  kes terowong ditangguhkan kelmarin  kerana mendapat dua hari sijil cuti sakit, Lim Guan Eng hari ini yang sepatutnya tiba jam 10 pagi di pejabat SPRM  Putrajaya, terlewat gara-gara tayar kenderaannya pancit pagi tadi.

Menulis di laman facebooknya, Lim Guan Eng berkata tayar kenderan beliau pancit ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi. Turut bersama beliau adalah peguamnya, RSN Rayer. 

“Tayar kereta pancit semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama Sdr Rayer. Terima kasih kepada anggota PLUSRonda Encik Anas dan En Firdaus yang datang untuk memberikan bantuan.YB Rayer pula tolong “jaga trafik #DahSettle”

WhatsApp-Image-2020-07-25-at-10
Pekerja PLUS Ronda menukar tayar kenderaan Lim Guan Eng. Kredit foto FB Lim Guan Eng. 

Dalam hantaran tersebut, Lim Guan Eng yang memakai pelitup muka turut berswafoto bersama Rayer yang pada satu gambar yang lain kelihatan sedang membantu mengarahkan trafik.

109679540_3673715425991865_6472966813089379267_n (1)
Gambar kredit FB Lim Guan Eng.
113432763_3673715559325185_3478635870452731903_n
Rayer membantu mengarahkan trafik. Foto kredit FB Lim Guan Eng. 

Pada Rabu lepas, Bekas Menteri Kewangan itu  hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  untuk membantu siasatan  kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang .

Ketika projek tersebut di peringkat awal, Lim Guan Eng merupakan ketua menteri Pulau Pinang.

Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu, selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan. – Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.