PUTRAJAYA 25 Jun– Setelah sesi mengambil keterangan kes terowong ditangguhkan kelmarin kerana mendapat dua hari sijil cuti sakit, Lim Guan Eng hari ini yang sepatutnya tiba jam 10 pagi di pejabat SPRM Putrajaya, terlewat gara-gara tayar kenderaannya pancit pagi tadi.
Menulis di laman facebooknya, Lim Guan Eng berkata tayar kenderan beliau pancit ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi. Turut bersama beliau adalah peguamnya, RSN Rayer.
“Tayar kereta pancit semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama Sdr Rayer. Terima kasih kepada anggota PLUSRonda Encik Anas dan En Firdaus yang datang untuk memberikan bantuan.YB Rayer pula tolong “jaga trafik #DahSettle”
Dalam hantaran tersebut, Lim Guan Eng yang memakai pelitup muka turut berswafoto bersama Rayer yang pada satu gambar yang lain kelihatan sedang membantu mengarahkan trafik.
Pada Rabu lepas, Bekas Menteri Kewangan itu hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang .
Ketika projek tersebut di peringkat awal, Lim Guan Eng merupakan ketua menteri Pulau Pinang.
Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu, selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan. – Buletin TTKM-