Benarkah alat penembak suhu keluarkan radiasi?

Gambar suhu Lim Guan Eng diambil dekat pejabat SPRM, kredit NST.

Oleh : Sayuti Azmi

Walaupun namanya penembak suhu (temperature gun) , dia tak tembak apa-apa pun.

Temperature gun atau infrared thermometer yang *teet* kat dahi kita tu, tak keluarkan radiasi pun. Sebaliknya, dia menyerap radiasi dari dahi kita untuk dapatkan suhu.

Kalau temperature gun yang jenis ada laser tu sahaja yang mengeluarkan radiasi (emit radiation) daripada laser, tapi laser tu digunakan untuk tuju (aim) sahaja. Jenis laser thermometer ni selalunya untuk kegunaan industri je, yang di supermarket, sekolah, kedai tu tak ada laser pun.

“Apa? Dahi aku ada radiasi??”

Ya.

Setiap benda yang bersuhu lebih tinggi dari absolute zero (0K, -273°C) mengeluarkan radiasi disebabkan pergerakan atom atau molekul. Kita tak nampak radiasi ini macam kita nampak laser, api atau lampu sebab berada pada jarak gelombang infrared, iaitu gelombang warna merah dalam spektrum cahaya.

Black-body radiation nama dia.

Bila orang tala temperature gun ke dahi, dia tengah kumpul radiasi ni dari dahi kita, fokus melalui kanta ke sensor dalam muncung gun yang dipanggil thermopile.

Thermopile ni tukar tenaga radiation ni ke tenaga haba dan seterusnya ke tenaga elektrik yang jadi signal untuk ukur suhu badan.

“Tipuuuu! Dah kenapa ‘tembak’ di dahi pulak?”

Sebab nak biulkan kau.

Dahi adalah antara bahagian tubuh yang boleh dapatkan suhu badan dengan cepat dan tepat. Sebab tu kalau nak tau demam atau pun tidak orang letak tapak tangan dekat dahi. Tak pun letak dekat leher.

Nak suhu lagi tepat, tembak dalam lubang telinga seperti yang klinik selalu buat tu. Nak tepat lagi, letak termometer bebuli tu dekat celah ketiak.

Paling tepat, lubang bont0t pakai rectal termometer.

Maka, tak payahlah mengada sangat tak mau orang ‘tembak’ ke dahi konon takut radiasi sampai ke otak.

Jangan risau. Sebab kalau kita takut, memang takkan sampai lah ke otak.

Sebab mungkin otak tu sudah tiada.

😛

Tldr: panjang sangat, lukis je lah.

Malas. aku bagi gambar dari pencarian google lah.

Gambar dari Iopscience.

Penulis merupakan seorang graduan kejuruteraan dan bekerja sebagai data analyst . Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.