KENYATAAN MEDIA PERDANA MENTERI MALAYSIA
Kerajaan mengambil maklum keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak atas kesemua pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn bhd.
Kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan menggesa semua pihak agar terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi yang bebas dan berkecuali.
Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perikatna Nasional akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang.
Kerajaan menghormati hak Datuk Seri Najib untuk merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah. Sama-samalah kita beri ruang kepad aproses undang-undang untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan.
YAB Tan Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Perdana Menteri
28 Julai 2020.