Kisah dua orang yang tidak mengaku salah

Oleh : Arul

Ini adalah catatan dua peristiwa yang berlaku di Mahkamah jalan Duta Kuala Lumpur pada bulan ini. Satu melibatkan seorang bekas Perdana Menteri dan satu melibatkan satu pasangan – seorang pemandu lori gas dan seorang wanita yang hilang kerja semasa Covid.

Insiden pertama berlaku pada 7hb. Julai 2020 manakala insiden satu lagi pada hari 28 Julai 2020.

Satu dituduh untuk korupsi, rasuah dan salahgunakuasa manakala pasangan pemandu lori gas pula kerana kad atm mereka telah diguna pihak lain untuk scam.

Bekas PM mempunyai 7 tuduhan manakala Pasangan pemandu lori gas pula hanyalah 3 tuduhan.

Jika Bekas PM salah hukuman maksimanya adalah 20 tahun penjara dan denda 5 kali ganda daripada wang yang dilesap iaitu 42juta (Jika 5 kali maka adalah RM 210juta). Jika pasangan pemandu lori gas mengaku salah, maka hukuman maksima adalah 3 ribu iaitu denda dibawah Kesalahan Kecil iaitu setiap tuduhan adalah maksima RM 1 ribu.

Bekas PM mengaku tidak bersalah kerana mendakwa tidak mengetahui wang dimasukkan dalam akaun banknya sebanyak 42juta, Pasangan Pemandu Lori Gas pula mengaku tidak bersalah kerana tidak tahu kad ATM mereka disalahguna oleh Scammer.

Maka Bekas PM didapati bersalah oleh mahkamah dan dikenakan penjara 12 tahun dan denda RM 210juta. Dia merayu untuk hukuman ditangguhkan. Peguam beliau berkata dia lumpuh (crippled) dan merayu kerana memerlukan masa untuk mendapatkan arahan dan duit jamin.

Hakim mengenakan Duit jamin 1 juta ringgit padahal hukumannya denda sahaja 201 juta. Dalam kes pasangan pemandu lori gas pula mahkamah mengenakan jamin RM 4,800 walaupun denda maksima jika mengaku salah hanya RM 3,000.

Mahkamah berbesar hati. Memberikan masa sehingga hari esok untuk jelaskan jamin 1 juta. Bekas PM tidak perlu masuk penjara sehingga duit jamin sedia.

Untuk pasangan pemandu lori gas pula… Beliau membawa RM 3,000 atas nasihat polis. Itu pun duit yang majikan dia pinjamkan RM 3,000 potong dari gaji. Pasangan dia bawa 1ribu duit pajak emas dan lain-lain. Mereka masih tak cukup duit. Saya pula pinjamkan RM 800 dari kawan2 PSM. Kami berlari ke Maybank di Mahkamah tetapi tidak sempat kerana tutup 3pm. Kami berkejar ke Bank Simpanan di bangunan sebelah. Kami sempat balik 430pm, tetapi kaunter jamin tak mahu layan, suruh semak dengan mahkamah. Kita pergi ke mahkamah jam 445pm tetapi mahkamah pun tiada orang.

Bukan macam Bekas PM, yang masih bebas dan boleh bayar jamin esok. Untuk pasangan ini, jika dibenar bayar esok…tak perlu pula mereka masuk penjara

Maka si perempuan buat pertama kali masuk penjara …menangis dan si pemandu lori gas terpaksa dua hari dipenjara untuk proses jamin diselesaikan. Bila dia keluar, dia memang rasa satu kakinya lumpuh kerana tidak dapat ubat insulin masa di penjara.

Inilah kisah dua orang yang tidak mengaku salah.
Semua orang sama disisi undang-undang.
Antara dua Darjat

Catatan Arul
10pm 28 Julai 2020


Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Arul merupakan timbalan pengerusi Parti Sosialis Malaysia – Editor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.