Mahkamah benar tangguh hukuman Najib

Gambar The Malaysian Insight

Kuala Lumpur, 28 Julai: Hakim Nazlan Mohd Ghazali sebentar tadi memutuskan bahawa pihak pembelaan Datuk Seri Najib Razak berjaya membuktikan keadaan khas untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.

Walau bagaimanapun, jumlah ikat jamin perlu ditambah sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin.

Bekas perdana menteri itu  juga harus melaporkan  diri ke balai polis terdekat pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan.

Beliau mempunyai masa sehingga hari esok (rabu)  untuk membayar jumlah jaminan sebanyak RM1 juta tersebut.

Perbicaraan ditangguhkan pada jam 7.33 malam selepas proses mitigasi selesai antara pihak pembela dan pendakwaraya sebelum itu.

Terdahulu sebelum hakim menjatuhkan hukuman, Najib melakukan sumpah laknat menafikan beliau merancang atau tahu mengenai wang RM42 juta dari SRC tersebut.

“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang (menerima) atau saya ditawarkan RM42 juta itu.

“Saya bersaksi kepada Allah saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu.

“Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” – Najib Razak

– Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.