Najib bersalah atas semua 7 pertuduhan.

KUALA LUMPUR, 28 Julai -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini. Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijangka membuat keputusan sama ada Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, bersalah atau sebaliknya terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, July 28 -- Former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak arrives at the Kuala Lumpur Court Complex here today. High Court Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali is expected to deliver his verdict on seven charges of misappropriating RM42 million SRC International Sdn Bhd fund faced by the Pekan Member of Parliament. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Kuala Lumpur , 28 Julai: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,  Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebentar tadi mendapati Dato Seri Najib Razak bersalah di atas semua 7 pertuduhan yang melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah Mohd Nazlan, pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes-kes yang dibawa oleh pasukan pendakwaan, lapor Malaysiakini.

Disebabkan itu beliau berkata pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.

Selepas penghakiman dibacakan, Najib dilihat tenang.

Sementara itu, peguam Najib, Shafee Abdullah berkata penghukuman dan migitasi ditangguhkan pada hari isnin.

“Kami tidak dapat melengkapkan migitasi tanpa arahan jelas dari klient kami.

Kami meminta migitasi untuk diadakan pada hari Isnin (3 Ogos)

“Seperti yang kita semua tahu, negara kini dalam lockdown. Klien saya tidak akan ke mana-mana”  – Shafee

SRC sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB sebelum ia kemudian menjadi milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc)

Untuk rekod, ketika menjadi perdana menteri, Najib juga sebelum ini merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, penasihat emeritus SRC dan menteri kewangan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.