Najib telah disabitkan, UMNO perlu bergerak ke depan, rejuvenasi. – Khairy

 

Oleh Khairy Jamaluddin

Mahkamah Tinggi telah mensabitkan kesalahan kepada bekas Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Tun Razak. Walaupun beliau masih ada ruang merayu, ini adalah suatu keputusan yang memberi kesan besar kepada parti UMNO.

Saya berpendapat, walaupun beliau masih mempunyai ruang untuk mengemukakan rayuan, inilah masa bagi UMNO sebagai sebuah parti politik untuk bergerak ke hadapan dan melakukan proses rejuvenasi.

Walaupun masing-masing berhak memberikan sokongan moral kepada Dato’ Sri Najib, saya berharap parti UMNO tidak diheret bersekali dalam kes tersebut.

Saya yakin ahli-ahli UMNO akan terus setia kepada parti melebihi kesetiaan kita kepada mana-mana individu di dalam parti.

Tibalah masa untuk kita bina semula parti keramat UMNO ini dan untuk kita melihat kepada suatu peralihan generasi kepimpinan yang bakal membawa parti ke era yang baru. – Buletin TTKM-

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.