RM42 Juta SRC: “Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak minta atau tahu” – Najib

Datuk Seri Najib bercakap kepada mahkamah setelah pihak pembelaan dan pihak pendakwaan melengkapkan hujah mereka untuk mitigasi dengan bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak meminta atau mengetahui mengenai jumlah wang RM42 juta yang diterima nya.

Beliau bermula dengan meringkaskan pencapaian ekonomi yang berjaya dilakukannya selama menjadi perdana menteri selama sepuluh tahun.

“Saya bertanggungjawab untuk menghapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), yang saya tidak pernah diberi penghargaan yang cukup. Saya mahu memastikan negara tidak (melakukan) salah guna kuasa.

“Dalam hal ini, saya mengemukakan cadangan untuk menerapkan sistem yang lebih telus bagi sumbangan politik. Sayangnya, cadangan itu memerlukan sokongan dua parti tetapi pembangkang pada masa itu tidak setuju dan cadangan itu akhirnya tidak dapat dilihat,”

Beliau menghabiskqn kenyataan ringkasnya dengan membacakan “sumpah laknat” sebelum menyatakan bahawa beliau tidak meminta wang RM42 juta itu.

“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang (menerima) atau saya ditawarkan RM42 juta itu.

“Saya bersaksi kepada Allah saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu.

“Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.