(Video PC) Bukan pengakhiran dunia, saya akan rayu di mahkamah rayuan – Najib

Sidang media Najib Razak:

Saya amat kecewa dengan penghakiman dalam kes SRC kerana pihak kami yakni yang diketuai oleh Tan Sri Shafee, dan  peguam-peguam saya telah memberi hujah-hujah yang boleh membawa kepada banyak keraguan dalam kes ini.

Namun ia tidak diterima. Namun demikian, rayuan ke mahkamah rayuan akan kita lakukan secepat mungkin dan saya berharap bahawa kes di rayuan ini akan didengar seberapa segera yang boleh kerana saya ingin teruskan usaha untuk membersihkan nama saya dan perjuangan ini akan tetap saya teruskan.

Seperkara yang saya nak maklumkan bahawa dalam mahkamah tadi hakim telah mengizinkan saya untuk menyatakan sepatah dua kata pada penghujung perbicaraan dan antara pekara yang saya sebut adalah kejayaan atau pun pencapaian waktu saya menjadi perdana menteri selama 9 tahun .

Dan kedua, saya telah mengulangi sumpah saya yakni wallahi wabillahi watallahi bahawa saya tidak meminta mahupun saya telah ditawarkan atau pun dalam pengetahuan saya tentang duit RM42 juta yang dikatakan masuk ke akaun saya.

Jadi ini satu pengakuan yang saya telah lahirkan kerana saya nak menyatakan dengan setegas-tegasnya bahawa pendirian saya pengakuan ini adalah pengakuan yang benar. Dan saya sanggup melafazkan sumpah ini bukan sekali tapi dua kali petang tadi (yang pertama) supaya ianya dirakamkan sebagai satu pengakuan yang tegas yang benar yang saya telah lakukan oleh kerana ke sini dalam proses lanjutan di peringkat rayuan saya tidak boleh bercakap lebih lagi tapi peguam saya boleh mengatakan satu dua perkara tambahan.

Saya tentu tidak puas hati dengan keputusan (hakim).  Saya dah nyatakan tadi. Tetapi dalam sistem kita, mahkamah tinggi ialah mahkamah yang pertama dan keputusan ini dibuat oleh seorang hakim sahaja. Kita ada kelebihan untuk membuat rayuan di peringkat mahkamah rayuan di mana diperingkat mahkamah rayuan ada tiga hakim. Mudah-mudahan kita dapat menghujahkan butir-butiran yang boleh diterima nanti insya allah.  – Buletin TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.