Perkongsian kuasa harus dinilai semula – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Dato Zahid Hamidi berkata akan menilai semula perkongsian kuasa apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan kerana kedua-dua perkara itu  merupakan prinsip utama perkongsian.

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula. #UMNObangkit”  – Zahid Hamidi.

Walaupun tidak memberikan butiran terperinci, status beliau itu dipercayai adalah rentetan keputusan mahkamah tinggi semalam yang menjatuhkan 12 tahun penjara dan denda RM210 juta terhadap bekas presiden UMNO dan mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC.

UMNO ketika ini merupakan sebahagian dari parti dalam Barisan Nasional yang berkonsi kuasa bersama PPBM, PAS dan GPS membentuk kerajaan baharu Perikatan Nasional pada Mac lepas yang kini cuma mempunyai 113 kerusi iaitu dua kerusi majoriti dalam dewan rakyat.

Sekiranya UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional, negara berkemungkinan besar berdepan pilihanraya umum kerana tindakan itu akan menyebabkan kerajaan PN tumbang.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam memberi gambaran pihaknya akan membuat satu “keputusan politik besar” susulan keputusan kes mahkamah Najib Razak.

“Saya amat simpati dan berasa sedih bukan hanya sebagai seorang presiden Umno, yang paling penting, beliau adalah sahabat saya. Tapi ini bukan penghujung dunia.

…Namun, tentunya kita akan mengambil sesuatu keputusan politik yang agak besar hasil daripada keputusan (mahkamah) yang dibuat hari ini,” – Zahid Hamidi 

Zahid juga meminta ahli parti agar “berlapang dada” terhadap keputusan yang dibuat oleh parti berhubung perkembangan kes Najib ini.

Dalam kenyataan di Facebook beliau semalam , Zahid meminta semua pucuk pimpinan parti di semua peringkat dan ahli-ahli parti serta penyokong bertenang.

“Kita akur dengan keputusan mahkamah. Saya menyeru semua pucuk pimpinan parti di semua peringkat dan ahli-ahli parti serta penyokong bertenang. Kita percaya DS Najib masih ada ruang untuk mendapatkan keadilan melalui proses perundangan negara.Saya turut bersedih dengan keputusan ini dan yakin DS Najib seorang yang cekal dan tabah.” – Zahid Hamidi

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.